Monday 1 October 2012

Najib Memalukan PSSGM & PSSLM !!

Najib Razak yang diangkat dan dinobatkan sebagai Khalifah Agung Sri Tri Buana Gangga Simanjakini Cula Sakti ( pergh!!!.. panjang sungguh nama dan gelaran hebat ini ) oleh Pertubuhan Seni Silat Gayung Malaysia (PSSGM) dan juga diiktiraf sebagai Ulil Amri 111 dari Persatuan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), dikatakan membawa malu besar kepada kedua pertubuhan silat yang "amat hebat ini".

Punca membawa malunya ialah walau pun sudah dianugerah nama paling hebat, indah dan tinggi dalam kedua dua pertubuhan silat ni namun gelagat dan perangai Najib Razak yang lari menikus kecut untuk berdepan serta bersemuka dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim secara berdepan membahas dan berhujah dalam parlimen semalam mengenai isu bajet 2013.

Apa guna memiliki nama gelaran yang begitu hebat tetapi amat takut berdepan dengan seteru politik sekadar berhujah mempertahankan bajet 2013 yang dibentangkan.

Peliknya semasa beliau menerima gelaran Khalifah Agung Seni Silat Gayung dan Ulil Amri 111 Silat Lincah, antara intipati ucapan beliau ialah jangan gentar dan takut mempertahankan negara dari serangan musuh. Tetapi beliau yang memiliki gelaran nombor satu kedua dua pertubuhan silat tersebut langsung tidak menunjukan sedikit keberanian.

Paling mengejutkan tiada sebarang teguran dan kritikan dari kedua dua persatuan ini mempertikiakan sifat menikus kecut yang ditunjukkan oleh Najib Razak.

Mana lebih memalukan?.. Warga Malaysia yang memijak gambarnya atau Khalifah Agung Silat Gayung yang penakut berhujah dalam dewan Parlimen?

MASANYA SUDAH TIBA UNTUK KEDUA-DUA PERSATUAN SILAT MELAYU INI MENGKAJI BALIK GELARAN YANG DIBERIKAN KEPADA NAJIB RAZAK.

PEMIMPIN YANG PENGECUT DAN PENAKUT LANGSUNG TIDAK LAYAK MENDAPAT GELARAN YANG SEBEGITU HEBAT....BIKIN MALU NAMA BAIK SILAT MELAYU!!!!!!

TINDAKAN TEGAS PERLU BAGI MEMBERI TELADAN KEPADA PEMEGANG GELARAN MASA DEPAN.

YANG PASTI DSAI YANG DIBERIKAN GELARAN IMAM KHALIFAH BESAR SILAT PUSAKA GAYUNG, MEMANG WAJAR DAN LAYAK.....BELIAU AMAT BERANI DAN TEGAS BILA BERDEPAN DENGAN SETERU.

KALAU NAK PILIH TEMPAT MANDI.. PERTAMA TELUK KEDUA PANTAI KETIGA PERIGI... KALAU NAK PILIH PEMIMPIN NEGERI...PERTAMA ELOK, KEDUA PANDAI KETIGA BERANI. -Omak Kau!!!!

Pakat-Pakat Kalih