Thursday 29 November 2012

UMNO BN Melobi Sokongan Israel

Pendaftaran delegasi Israel secara rasmi telah memberi laluan hubungan dan penglibatan serta kehadiran delegasi dari Israel ke Malaysia dalam penganjuran persidangan-persidangan peringkat antarabangsa di sini. 

Didalam usaha untuk memenangi jawatan Presiden International Gas Union (IGU) bagi sessi 2009-2012 dan mendapat hak penganjuran Persidangan Gas Sedunia (World Gas Conference), 

PETRONAS/MGA dengan bantuan kerajaan telah membelakangkan kedaulatan negara dengan menjalin hubungan serta merayu bantuan kerjasama dan sokongan Israel bagi menentukan calon/wakil PETRONAS memenangi jawatan Presiden IGU sekaligus mendapat hak mutlak penganjuran Persidangan Gas Sedunia (World Gas Conference 2012) di Kuala Lumpur.

Petronas bertanggungjawab secara langsung kepada Perdana Menteri telah mencalonkan Datuk Abdul Rahim Hj Hashim, iaitu Naib Presiden, Urusniaga Gas PETRONAS yang juga Presiden MGA sebagai Presiden IGU sessi 2009-2012 . 

Surat pencalonan bertarikh 23 Februari 2005   kepada sekretariat IGU di Copenhagen, Denmark ditandatangan oleh Tan Sri Mohd Hassan Merican, Presiden PETRONAS ketika itu di mana Petronas juga telah memberi akurjanji kepada badan IGU untuk membiayai segala perbelanjaan bagi menjayakan penganjuran Persidangan Gas Sedunia di Kuala Lumpur sekiranya Malaysia berjaya.




Petronas di dalam surat ke Wisma Putra pada 22 Ogos 2005 mengakui persaingan untuk pemilihan Presiden IGU & WGC 2012 adalah sengit, dan meminta bantuan Wisma Putra melalui kedutaan mereka membantu dalam kempen ini khususnya negara (yang di kenalpasti oleh Petronas terlebih dahulu) dari blok Asia, Afrika dan Timur Tengah. 

Petronas/MGA/Malaysia menghadapi saat getir apabila menjelang mesyuarat pemilihan dan pada saat akhir masih ramai peserta (yang di jangka menyokong Malaysia) tidak mendaftar untuk menghadiri mesyuarat pemilihan di Tianjin, China pada 16 Oktober 2005.





Berdasarkan situasi ini, pilihan yang ada ialah mendapatkan sokongan dan bantuan dari Israel yang di anggap penting bagi Malaysia/Petronas/MGA kerana mereka  dapat mempengaruhi wakil dari blok Eropah melalui kedutaan mereka di kebanyakan negara berkenaan.  

Kesempatan untuk meminta bantuan Israel di ambil oleh MGA dengan ‘response’ kepada surat bertarikh 20 Julai 2005 yang diterima dari Israel yang menyatakan sokongan kepada Malaysia dan ingin mengetahui samada delegasi dari Israel boleh menghadiri persidangan di Kuala Lumpur jika di anjurkan oleh IGU. 

Kandungan surat ke Israel jelas menunjukan hasrat yang tersirat di dalam perenggan akhir surat berkenaan. Datuk Rahim Hj. Hashim selaku Presiden MGA sendiri tidak menafikan, malah mengakui menandatangani/menghantar surat bertarikh 6 hb September 2005 ke Israel Institute of Petroleum and Gas, 

sebuah organisasi di Tel Aviv, Israel dengan hasrat meminta sokongan dan kerjasama Tel Aviv yang juga ahli Charter IGU (charter member) bagi menentukan kemenangan kepada beliau sebagai calon dari Malaysia di dalam persaingan sengit menentang Russia. 

Beliau pernah menyatakan bahawa surat ini dibuat melalui MGA dimana Ahli-Ahli Majlis MGA (MGA Council Members) yang terdiri dari wakil korporat seperti Petronas, Shell, Esso, BP dan agensi kerajaan (GLCs) dan bertanggung jawab sepenuhnya.




Pendaftaran nama delegasi/pembayaran yang di buat secara bayaran pemindahan Bank (bank transfer payment) ini juga di paparkan didalam laman web dan seterusnya senarai nama-nama delegasi di ‘upload’ didalam laman web resmi WGC 2012 berdasarkan susunan organisasi dan negara dari mana bayaran pendaftaran di buat (bukan mengikut taraf warganegara seseorang delegasi). 

Access kepada laman web dan penyemakan pendaftaran boleh juga di buat   dengan menghubungi Maria Luz Varela, secretariat pendaftaran sepertimana nombor telefon, fax dan email yang boleh di rujuk dalam laman web WGC 2012 ketika itu. 

Melalui pendaftaran dan pembayaran pemindahan bank (bank transfer payment) yang dibuat secara online menerusi WGC 2012 official website yang telah dibuat sebelum tarikh tutup pada 15 April 2012. Setiap delegasi yang berdaftar dan yang telah membuat bayaran di kehendaki menghantar salinan dokumen pembayaran wang pendaftaran yang dibuat (bank transfer document) melalui fax atau email kepada secretariat pendaftaran di Buenos Aires. 

Bayaran sebanyak US 3,200 adalah bagi menghadiri persidangan dan layak untuk mendapat kemudahan-kemudahan seperti menghadiri semua sessi persidangan, jamuan, lawatan-lawatan, pengankutan dan sebagainya.


Berdasarkan dokumen pendaftaran, Sekretariat WGC 2012 telah menyediakan senarai delegasi (delegate list) secara berkala mengikut susunan organisasi dan menyenaraikan negara berdasarkan dari Negara mana bayaran di buat dan bukannya taraf warga Negara seseorang delegasi. 

Maklumat mengenai senarai delegasi ini seterusnya di muat naik (upload) didalam laman resmi WGC 2012 yang boleh di access oleh umum. Selepas tarikh tutup ‘pendaftaran secara pindahan wang (bank transfer)’,  Sekretariat pendaftaran, telah menyenaraikan  senarai delegasi yang akan menghadiri persidangan 



http://www.wgc2012.com/assets/pdf/3E00ZJ9XN.pdf (Pdf file; 104 muka surat). Data dan maklumat yang ‘last updated’ pada hari Isnin 23 April 2012  itu mengandungi seramai 2,485 peserta/delagasi yang telah berdaftar untuk menghadiri persidangan  dimana salah seorang delegasi (muka surat 52 ) ialah HANS PETER DOORNEWEERT, iaitu Commercial Manager, LNG Development dari Noble Energy , sebuah syarikat beroperasi di Israel

Semakan yang di buat mendapati bahawa Noble Energy (http://www.nobleenergyinc.com ), selain beroperasi di Amerika Syarikat juga sedang mengusahakan lapangan gas terbesar di Israel dan mempunyai pejabat di Tel Aviv, Israel. 

Selepas pendaftaran (melalui pembayaran pemindahan bank) di tutup pada 15 April 2012. Secretariat WGC 2012 telah di pindahkan ke Kuala Lumpur, iaitu Tingkat 20, Tower 1, Etiqa Tower. 

Segala dokumen pendaftaran dan senarai delegasi seterusnya di kendalikan dari Kuala Lumpur dan di dalam mengemaskini maklumat pendaftaran, MGA/secretariat telah membuat pindaan data delegasi dari Negara Israel bagi mengelakkan kecaman dari rakyat.







Pada 25 Mei 2012, Sekretariat memaparkan senarai pendaftaran terkini denganmenukar data delegasi dari ISRAEL kepada dari Negara NETHERLAND. Ubahsuai ini di buat oleh MGA untuk tidak mahu memaparkan ada delegasi dari Israel selepas penafian bahawa tiada peserta dari Israel mendaftar untuk menghadiri persidangan WGC 2012 di Kuala Lumpur. 

Walaubagaimanapun ubahsuai yang dibuat ini tidak boleh mengelak daripada rakyat yang masih boleh access di internet melalui  carian Google. 



JINGGA 13 menegaskan bahawa di dalam usaha untuk memenangi jawatan PresidenInternational Gas Union (IGU) bagi sessi 2009-2012 dan mendapat hak penganjuran Persidangan Gas Sedunia (World Gas Conference), PETRONAS/MGA dengan bantuan kerajaan telah membelakangkan kedaulatan negara dengan menjalin hubungan serta merayu bantuan kerjasama dan sokongan Israel bagi menentukan calon/wakil PETRONAS memenangi jawatan Presiden IGU sekaligus mendapat hak mutlak penganjuran Persidangan Gas Sedunia (World Gas Conference 2012) di Kuala Lumpur. 

JINGGA 13 mencabar kerajaan untuk menyatakan secara terbuka pendirian kerajaan di dalam hubungan dan kerjasama dengan Israel yang sebelum ini di buat secara sembunyi/rahsia dan ingin mendapat kepastian bahawa kerajaan tidak akan mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel. 

kerana sebelum ini kerajaan banyak menyembunyikan fakta mengenai hubungan dengan Israel termasuk yang terkini Felda yang menjual minyak sawit ke Israel yang telah menimbulkan kemarahan rakyat melalui tunjuk perasaan di hadapan Ibu Pejabat Felda. 

Malah sebelum ini JINGGA 13 juga turut mendedahkan hubungan perdagangan eksport dan import melalui kemasukan kapal-kapal ZIM SHIPPING INTEGRATED LTD di Westport, Pelabuhan Klang pada 16 Februari 2012 menguatkan lagi hubungan ‘intim’ Malaysia – Israel .

JINGGA 13 meminta agar Kerajaan / Petronas/MGA menjelaskan beberapa perkara sepertimana berikut :

1.     MENCABAR kerajaan/Petronas/MGA untuk memberitahu rakyat Malaysia apakah yang di maksudkan dengan ‘we are counting on your support, once again to be present and  to encourage  other IGU member countries to make similar effort to be there and vote for Malaysia into the IGU Presidency for the triennium 2009-2012’ didalam surat kepada Israel yang dinafikan mengenai dakwaan yang di buat.

2.     MENDESAK Wisma Putra dan Tun Mahathir Mohamad (Penasihat Petronas) menjelaskan pendirian mereka berhubung perkara ini kerana ia bertentangan dengan solidariti rakyat malaysia yang memperjuangkan hak rakyat Palestin dan yang tidak mahu ada sebarang hubungan diplomat sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan Israel,"

3.   MENDESAK Menteri Dalam Negeri menyatakan pendirian terhadap kehadiraan dan kemasukan delegasi Isreal ke Malaysia dan menyertai WGC 2012 , sedangkan menjadi dasar kepada Negara bahawa tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Negara Isreal . Adakah Kementerian Dalam Negeri mengetahui akan kehadiran delegasi Isreal tersebut ?

4.     MENDESAK Menteri Luar Negeri menjelaskan atas prinsip apakah iaitu berdasarkan kenyataan MGA “telah mendapatkan nasihat dari Kementerian Luar dan telah di beritahu bahawa Malaysia akan membenarkan delegasi dari Israel, seperti juga delegasi dari negara lain untuk datang ke Malaysia bagi mengambil bahagian di dalam persidangan antarabangsa yang dianjurkan oleh pertubuhan antarabangsa yang relevan”?

5.     MENDESAK supaya Pengerusi Petronas yang baru di lantik,Tan Sri Mohd Sidek Hassan (bekas KSN) untuk mengadakan siasatan dalaman secara telus  dan memaklumkan kepada umum , demi menjaga kredibiliti dan integriti Petronas, kerana terdapat penglibatan beberapa kakitangan kanan Petronas di dalam MGA dan WGC 2012 yang bertindak bertentangan dengan perlembagaan dan inspirasi rakyat mengenai isu hubungan dengan zionis yang mana boleh menghakis kepercayaan kakitangan petronas secara keseluruhannya kepada pengurusan tertinggi petronas .

Ternyata sikap hipokrasi dan khianat Kerajaan UMNOBN Malaysia / Petronas / MGA hingga sanggup ‘sujud’ kepada Zionis Isreal tanpa rasa malu dan bermaruah kepada seluruh rakyat Malaysia,

Sedangkan rakyat Palastine terus dizalimi dan dibunuh tanpa perikemanusiaan dan Kerajaan UMNOBN Malaysia / Petronas / MGA sanggup secara ‘halus dan sulit’ bersikap mengiktiraf kerajaan haram Isreal.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

Orenji Ren Oren
Ketua Koordinator Penerangan
JINGGA 13 MALAYSIA 














Saturday 24 November 2012

Ahli Parlimen Hong Kong, Hon. James To Sedia Bantu Delegasi Malaysia Pastikan ICAC Buka Semula Siasatan Kes RM40juta


Pengamal Undang-Undang Hong Kong akan bantu delegasi Malaysia untuk membuka semula kes siasatan skandal RM40 juta  .

Friday 23 November 2012

Imbas Kembali Beberapa Fitnah-fitnah UMNO Yang Dibuktikan


Mereka tuduh kita suka fitnah,tapi ini bukti dan fakta siapa sebenarnya "KAKI FITNAH"

1.Fitnah Khalid Samad - PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini sebulat suara menolak rayuan Exco Kerajaan Negeri Perak dan juga ADUN Sungai Rapat, Perak, Hamidah Osman dengan kos bagi mengenepikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam yang diberikan pada 1 Jun yang lalu.

2. Fitnah Ladang Rakyat - KOTA BHARU: Blogger mesra Umno, Syed Azidi Syed Abdul Aziz memohon maaf kepada Perbadanan Kemajuan Ladang Rakyat di atas fakta-fakta yang silap dalam bukunya "Ladang Rakyat Ladang Airmata Rakyat".
Beliau yang juga pemilik blog Kickdefella turut bersetuju membayar sejumlah kos kepada plaintif.
Permohonan maaf tersebut dibuat di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dalam kamar di Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini.

3. Fitnah Ronnie Liu : KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo pada Selasa membuat permohonan maaf kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu bagi menyelesaikan saman fitnah terhadapnya yang dikaitkan dengan aktiviti pelacuran.

Dr Mohamad Khir membaca pernyataan maaf itu dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu kepada Liu dalam mahkamah terbuka kerana menyebabkan penerbitan artikel berbaur fitnah dalam akhbar China Press bertarikh 9 Mei 2008.

4. Fitnah ahli perniagaan Abdul Razak Mohd Noor - Penulis blog pro-Umno Papagomo dan Parpukari menghadapi tuntutan saman sehingga RM10 juta setiap seorang kerana didakwa memfitnah ahli perniagaan Abdul Razak Mohd Noor.

Abdul Razak melalui firma guaman Netto & Co pada 3 Januari lalu mengeluarkan surat tuntutan ke atas kedua-dua mereka dan juga satu notis tuntutan yang disiarkan pada akhbar utama Sabtu lalu.
Notis berkenaan menamakan Wan Muhammad Azri Wan Deris sebagai pemilik blog Papagomo dan Mohamad Salim Iskandar sebagai pemilik blog Parpukari.

Kim Jung Woo


Thursday 22 November 2012

Anak Bongkar Bukti Felda Jual Sawit Ke Israel






Oleh MASDAR WAHID

PRESIDEN Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak),Mazlan Aliman berkata, pihaknya mempunyai bukti penjualan minyak Sawit mentah oleh Felda ke Israel sejak 2010
Menunaikan janji sebelum ini, Mazlan mendedahkan invois jualan minyak sawit mentah kepada Bunge Agribusiness Singapore Pte Ltd, syarikat Israel berpengkalan di Singapura.

''Ia berlaku ekoran 70 peratus equiti dalam anak syarikat Felda iaitu, Felda Oil Products Sdn Bhd dikuasai syarikat asing,'' katanya dalam satu kenyataan.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), katanya, melulus pindaan membenarkan pemilikan asing menjadi 70 peratus pada 16 Jun 2010
Syarikat berpengkalan di Pasir Gudang, Johor itu dikenali sebagai Felda Iffco Oil Products Sdn Bhd (FIOP).

''Penduduk Islam Palestin dibom, dibunuh, Gaza jadi medan pertumpahan darah paling dasyat hingga kini, pemimpin Umno berpura-pura tunjuk simpati kepada penduduk Palestin, tetapi waktu yang sama menjual minyak sawitnya kepada Israel! Siapa yang hipokrit dan menjadi pengkhianat kepada orang Islam (sebenarnya) ? soalnya.

Sebelum ini Mazlan turut mendedahkan Genting Berhad turut membeli saham FGVH sejumlah RM 407,005.000 walaupun dinafikan Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan.






Audit perlu siasat KDN bayar 10 kali ganda beli kamera perangkap laju




(Oleh Sidiqin Omar) - Keadilan Daily
KUALA LUMPUR 22 November: Audit terbuka perlu dilakukan terhadap Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung pembelian kamera perangkap laju yang meningkat sepuluh kali ganda dari harga asal, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
Beliau merujuk jawapan bertulis KDN kepada Ahli Parlimen Jerai, Firdaus Jaafar bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibekalkan kamera perangkap laju sejak 1995 dengan jumlah terkini 124 unit.
Ia meliputi model Laser Digicam berjumlah 85 dengan harga RM173,925 seunit, manakala bagi model Laser Trucam berjumlah 39 unit dengan harga RM223,500 seunit.
“Kontrak-kontrak kerajaan ini sangat diragui. Siasatan perlu dibuat, lebih-lebih lagi sekiranya diberi secara runding terus (awarded tender). Kita tak mahu ada salahguna dari peruntukan KDN,” tegasnya kepada Keadilan Daily.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Trafik Bukit Aman, ACP Mohd Fuad Abd Latiff dilapor menyatakan harga kamera had laju model LTI 20-20 TruCam hanya kira-kira USD 6,000 (RM17,000) seunit.
“Ada sesuatu yang tak kena. Kalau diaudit Jabatan Audit Negara, pasti ada (penemuan salahguna), sebab Jabatan Audit sebelum ini pernah menemui pembelian barang oleh agensi kerajaan yang harganya meningkat berpuluh kali ganda,” jelas Mahfuz.
Beliau membandingkan sebut harga lebih murah dibeli pihak berkuasa Amerika Syarikat, iaitu di Montana USD 4,995 (RM15,292.59) dan Idaho USD5,057.44 (RM15,483.84) bagi seunit kamera Laser Trucam.
Manakala bagi kamera Laser Digicam yang dibeli pihak berkuasa Delaware berharga USD 6,378 (RM19,526.88).
“Kenapa perbezaan harga begitu ketara? Kita faham kalau jenama tak sama. Tapi tak masuk akal kalau begitu jauh,” katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=39922

Kamera Polis Hanya RM17 Ribu Se Unit Dan Bukan RM 223 Ribu Se Unit?


Gambar di atas ialah jawapan bertulis kepada soalan lisan MP Jerai, Mohd Firdaus bin Jaafar, Hishammuddin menjelaskan kamera perangkap had laju dibekalkan secara berperingkat kepada PDRM sejak tahun1995. 
Kamera yang dibekalkan itu terbahagi kepada dua jenis iaitu model laser Digicam sebanyak 85 unit berharga RM173,925 seunit dan model laser Truecam sebanyak 39 unit berharga RM223,500 seunit. 

Dan jumlah keseluruhan harganya ialah RM23.5 juta.Berikut pula adalah kenyataan dari ACP Mohd Fuad Abd Latiff dari Bukit Aman kepada The Star pada 21 September 2011 mengenai Kamera Laser Truecam tersebut. 




Apa yang berbeza dengan kenyataan Hishamuddin ialah Hishamuddin mengatakan harga kamera tersebut adalah RM223,500 seunit. tetapi menurut ACP Mohd Fuad Kamera Had Laju LTI 20-20 TruCam berharga hanya kira-kira US$6,000 (RM17,000) seunit.. 



Siapa yang berbohong sebenarnya? Adakah Hishamuddin sepupu Najib yang berbohong atau ACP Mohd Fuad yang berbohong, Untuk mengetahui siapa yang berbohong sila lihat sebut harga dari Laser Technology US tentang harga Kamera Had Laju ini..

Siapa yang berbohong sebenarnya? 

Adakah Hishamuddin sepupu Najib yang berbohong atau ACP Mohd Fuad yang berbohong.. 

Untuk mengetahui siapa yang berbohong sila lihat sebut harga dari Laser Technology US tentang harga Kamera Had Laju ini..



Sebut harga ini untuk Michigan, US..



elas apa yang dinyatakan oleh ACP Mohd Fuad dari Bukit Aman adalah benar kerana harganya hampir sama.. tetapi sepupu Najib? sini

harga rm 17 ribu, masuk tender jadi rm 233 ribu!!?!

berita asal
http://www.erapasca.com/2012/11/pecah-berita-kamera-polis-hanya-rm-17.html



Wednesday 21 November 2012

Australia bangunkan AES tapi akui gagal kurangkan kemalangan



(Aedi Asri) - Keadilan Daily
KUALA LUMPUR 21 NOV: Australia – negara yang membangunkan teknologi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) mengakui ketidakberkesanannya untuk mengurangkan kemalangan.
Ironinya, pengendali AES di Malaysia, Beta Tegap Sdn Bhd menggunakan pakai teknologi yang dibangunkan sebuah syarikat berpangkalan di Australia – Syarikat Redflex Traffic System.
“Kerajaan Australia sendiri arah 38 kamera itu dipadam kerana kegagalannya mengurangkan kadar kemalangan jalan raya,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pada sidang media di Parlimen petang ini.
Berdasarkan LaporanAuditor General Special Report no 85 (Speed Detection Device) Parliament Of Tasmania Australia pada 2009, beliau berkata:
“Laporan audit itu mendorong Menteri Jalan Raya New South Wales Australia, Duncan Gay mengakui AES bukan penyelesaian,” katanya .
Sehubungan itu, Mahfuz mendesak kerajaan menangguh pelaksanaan AES dan kembali ke meja rundingan walaupun Dewan Rakyat hari ini meluluskannya.
“Anda semua dapat lihat penyokong AES yang bertempik sorak yang gembira atas kemenangan AES.
“Kami tetap desak kerajaan tangguhkan dahulu kerana masih ada keraguan, kesamaran dan ketidaktelusan,” katanya.
Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan Belanjawan 2013 bagi Kementerian Pengangkutan kira-kira jam 3.20 petang.
Kelulusan dibuat melalui undian ‘belah bahagi’ sebanyak dua kali selepas perdebatan hangat sepanjang sesi dengan 80 Ahli Parlimen bersetuju manakala 49 tidak bersetuju.
Mahfuz berkata, kerajaan mengikut perancangan jangka panjang kerajaan mahu memasang 3,000 unit kamera AES mengikut Pelan Induk Keselamatan Jalan Raya 2006-2010.
“Pada masa ini, baru 14. Untuk fasa seterusnya kira-kira 831. Perkembangan ini tidak sihat kerana AES di luar negara gagal kurangkan kemalangan,” katanya.
Pada sidang media sama, Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan menggesa kerajaan mendedahkan perjanjian dengan syarkiat pengendali iaitu Ates Sdn Berhad dan Beta Tegap Sdn Bhd.
“Menteri jawab di Parlimen bahawa perjanjian ini rahsia. Jadi saya seru ia didedahkan agar kita boleh tengok sama ada termanya adil (atau tidak),” katanya lagi.

sumber : http://www.keadilandaily.com/australia-bangunkan-aes-tapi-akui-gagal-kurangkan-kemalangan/