Friday 23 November 2012

Imbas Kembali Beberapa Fitnah-fitnah UMNO Yang Dibuktikan


Mereka tuduh kita suka fitnah,tapi ini bukti dan fakta siapa sebenarnya "KAKI FITNAH"

1.Fitnah Khalid Samad - PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini sebulat suara menolak rayuan Exco Kerajaan Negeri Perak dan juga ADUN Sungai Rapat, Perak, Hamidah Osman dengan kos bagi mengenepikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam yang diberikan pada 1 Jun yang lalu.

2. Fitnah Ladang Rakyat - KOTA BHARU: Blogger mesra Umno, Syed Azidi Syed Abdul Aziz memohon maaf kepada Perbadanan Kemajuan Ladang Rakyat di atas fakta-fakta yang silap dalam bukunya "Ladang Rakyat Ladang Airmata Rakyat".
Beliau yang juga pemilik blog Kickdefella turut bersetuju membayar sejumlah kos kepada plaintif.
Permohonan maaf tersebut dibuat di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dalam kamar di Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini.

3. Fitnah Ronnie Liu : KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo pada Selasa membuat permohonan maaf kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu bagi menyelesaikan saman fitnah terhadapnya yang dikaitkan dengan aktiviti pelacuran.

Dr Mohamad Khir membaca pernyataan maaf itu dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu kepada Liu dalam mahkamah terbuka kerana menyebabkan penerbitan artikel berbaur fitnah dalam akhbar China Press bertarikh 9 Mei 2008.

4. Fitnah ahli perniagaan Abdul Razak Mohd Noor - Penulis blog pro-Umno Papagomo dan Parpukari menghadapi tuntutan saman sehingga RM10 juta setiap seorang kerana didakwa memfitnah ahli perniagaan Abdul Razak Mohd Noor.

Abdul Razak melalui firma guaman Netto & Co pada 3 Januari lalu mengeluarkan surat tuntutan ke atas kedua-dua mereka dan juga satu notis tuntutan yang disiarkan pada akhbar utama Sabtu lalu.
Notis berkenaan menamakan Wan Muhammad Azri Wan Deris sebagai pemilik blog Papagomo dan Mohamad Salim Iskandar sebagai pemilik blog Parpukari.

Kim Jung Woo