Thursday 22 November 2012

Anak Bongkar Bukti Felda Jual Sawit Ke Israel






Oleh MASDAR WAHID

PRESIDEN Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak),Mazlan Aliman berkata, pihaknya mempunyai bukti penjualan minyak Sawit mentah oleh Felda ke Israel sejak 2010
Menunaikan janji sebelum ini, Mazlan mendedahkan invois jualan minyak sawit mentah kepada Bunge Agribusiness Singapore Pte Ltd, syarikat Israel berpengkalan di Singapura.

''Ia berlaku ekoran 70 peratus equiti dalam anak syarikat Felda iaitu, Felda Oil Products Sdn Bhd dikuasai syarikat asing,'' katanya dalam satu kenyataan.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), katanya, melulus pindaan membenarkan pemilikan asing menjadi 70 peratus pada 16 Jun 2010
Syarikat berpengkalan di Pasir Gudang, Johor itu dikenali sebagai Felda Iffco Oil Products Sdn Bhd (FIOP).

''Penduduk Islam Palestin dibom, dibunuh, Gaza jadi medan pertumpahan darah paling dasyat hingga kini, pemimpin Umno berpura-pura tunjuk simpati kepada penduduk Palestin, tetapi waktu yang sama menjual minyak sawitnya kepada Israel! Siapa yang hipokrit dan menjadi pengkhianat kepada orang Islam (sebenarnya) ? soalnya.

Sebelum ini Mazlan turut mendedahkan Genting Berhad turut membeli saham FGVH sejumlah RM 407,005.000 walaupun dinafikan Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan.