Saturday 29 September 2012

Panas ! Menteri Najib Yang Selalu Kantoi....

Panas ! Menteri Najib Yang Selalu Kantoi....

MENTERI yang tak reti GOOGLE

Bukan setakat MALAYSIA sahaja, sebanyak 4o negara lain juga telah di tolak permohonan mereka untuk meningkatkan jumlah quota haji.

Apakah punca penolakan quota negara-negara lain juga disebabkan oleh tindakan demonstrasi Bersih 3.0 di Mekah & Madinah tempoh hari ???

Ko Menteri nak tipu SIAPA ? Sudah lah bertaraf MENTERI tapi otak macam otak lembu. Kalau nak menipu pun biarlah ada fakta dan bukti dulu.

Kalau 39 negara di beri penambahan quota tetapi Malaysia sahaja di tolak, mungkin ada kebenarannya.

Tapi dah sah sebab utama penolakan permohonan adalah kerana ... bacalah petikan dibawah ini ... ( Aku rasa dua orang MENTERI ini tak reti guna GOOGLE ..kot) 

RIYADH: Saudi Arabia on Wednesday denied allegations that the kingdom has barred citizens of war-hit Syria from performing the annual Muslim pilgrimage while local media said it has refused to increase hajj country quotas.

"The kingdom is currently working on finalising all measures needed in coordination with the concerned authorities to enable Syrian pilgrims to perform" the pilgrimage, hajj ministry undersecretary Hatem Qadi said.

The kingdom "provides them with all facilities" needed and "is giving special care to arrangements for the arrival of Syrians, knowing the difficult circumstances experienced by the brotherly people of Syria," Qadi told AFP.

Syrian state news agency SANA reported on Tuesday that Saudi Arabia has barred Syrians from entering the country for the hajj.
"The Syrian High Committee of hajj has announced the halt to the pilgrimage this year, due to a failure to reach consensus with the Saudi authorities," SANA said.

The Syrian committee "took all necessary steps for the 2012 hajj season, but the relevant ministry in Saudi Arabia did not sign the accord that it does every year," it added.

The OPEC kingpin and other energy-rich nations of the Gulf have long demanded that President Bashar al-Assad step down while voicing support for the rebels calling for his ouster since March 2011.

The Syrian uprising, which has steadily militarised in the face of government repression, has left more than 27,000 dead since it erupted, according to the Syrian Observatory for Human Rights.
Civilians have borne the vast brunt of the violence.

The United Nations puts the toll at 20,000.
On Wednesday, local dailies in Saudi Arabia reported that Riyadh has rejected requests by 40 countries to increase their hajj quota this year because of development projects now under way in the two holy cities of Mecca and Medina.

"The ministry has apologised to all countries which had asked to increase the number of their pilgrims this year... (because of) the giant development projects in Mecca and Medina which make it difficult to accommodate more numbers," hajj minister Bandar al-Hajjar was reported as saying.

Every Muslim country has a hajj quota of 1,000 pilgrims per million inhabitants.

The quota system was imposed after an attempt by Saudi police to stifle a demonstration by Iranian pilgrims holding an anti-US and anti-Israel protest in 1987 sparked clashes in which 402 people died, including 275 Iranians.

Last year, nearly three million Muslim pilgrims performed the hajj, the world's largest annual gathering.

The authorities had not indicated that they would be able to accommodate more pilgrims this year.

Saudi King Abdullah has officially launched a $10.6-billion (7.3-billion-euro) extension project of the Grand Mosque in Mecca.
The peak of this year's hajj is expected to take place on or around October 25.

The hajj is one of the five pillars of Islam and must be performed at least once in a lifetime by all those Muslims who are able to do so.

(The Daily Star :: Lebanon News :: http://www.dailystar.com.lb/) - JUM

http://www.jomubah.com/pru13/images/stories/otak_penipu.jpg

Aisyah Sofia

Lagu Panji Keadilan Yang Liriknya Ditulis Hasmi Hashim Atau Lebih dikenali sebagai Budi Hikayat Baru Sahaja Dilancarkan Di Rapat Umum Pimpinan Nasional 2012.

Lagu #panjiKEADILAN yang liriknya ditulis Hasmi Hashim baru sahaja dilancarkan di Rapat Umum Pimpinan Nasional 2012. Lagu ini digubah khas sempena Pilihan Raya Umum Ke 13.
Azmin Ali

Lagu Pilihan Raya Parti KEADILAN Rakyat: " Panji Keadilan " yang diilhamkan dan digubah oleh Hasmi Hashim (Penulis Lirik Awan Nano)
Sebarkan!
- Ahmad Amir Arshad Ahmad



Lelongan barangan kenangan pemimpin Pakatan Rakyat berjaya mengumpul RM182,000 untuk tabung pilihan raya ke 13 Pakatan Rakyat.


(Sri Jalaraman membeli gambar dan terendak Ustaz Hadi dengan harga RM17,000)


SHAH ALAM: Lelongan barangan kenangan pemimpin Pakatan Rakyat berjaya mengumpul RM182,000 untuk tabung pilihan raya ke 13 Pakatan Rakyat.

Majlis lelongan itu dibuat dalam majlis makan malam perdana Pakatan Rakyat yang diadakan malam ini.

2, 250 orang menyertai majlis yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat di Stadium Melawati dekat sini.

Majlis itu disertai oleh hampir kesemua pemimpin kanan PAS, PKR dan DAP serta para penyokong Pakatan dan dermawan di samping pemimpin pro Pakatan dari Sabah dan Sarawak.

(Datuk Lajim membeli surat cinta dari penjara dengan harga RM50,000)

Antara yang hadir adalah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Harga lelongan tertinggi dibayar kepada surat cinta Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah yang ditulis beliau dari penjara. Ia dibayar dengan RM50,000 oleh Datuk Seri Panglima Lajim Ukin yang membeli surat itu.

Ia diikuti oleh kartun yang dilukis secara 'live' oleh Kartunis Zunar yang bertajuk 'Kuasa Rakyat' yang dibeli dengan harga RM32,000.

Pen yang digunakan Lim Guan Eng ketika dalam penjara dibeli dengan harga RM23,000 oleh Exco Selangor, Ronie Liu.

Gambar santai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Awang serta terendak nelayannya dibeli dengan harga RM17,000.

Ia dibeli oleh Ketua Pemuda DHPP Selangor, Sri Jalaraman. Jalaraman ketika ditemui berkata, beliau membelinya kerana penghormatan beliau kepada Presiden PAS itu.

(Kartun Zunar telah berjaya dillelong dengan harga RM32,000 untuk tabung pilihan raya Pakatan Rakyat)

Selain itu, barangan dan gambar milik Datuk Fadzil Nor, bekas Presiden PAS berjaya dilelong dengan harga RM11,000, gambar asal graduasi Dr Syed Husin Ali (RM15,000), teddy bear Exco Selangor, Teresa Kok (RM10,000), gambar dan tongkat Tuan Guru Datuk Nik Aziz (RM12,000) dan poster filem Karpal Singh (RM12,000).

Di samping kutipan melalui lelongan itu, majlis itu berjaya mengutip lebih RM22,000 melalui jualan meja, 

Sebanyak 255 meja berjaya dijual dalam majlis makan malam ini di mana setiap meja dijual dengan harga RM1,000.

Di samping itu, sebanyak RM20,000 berjaya dikutip dalam bentuk derma yang disumbangkan oleh peserta majlis makan malam ini.

"Ini bermakna, lebih RM200,000 kita berjaya kutip malam ini," kata pengarah majlis ini, Dr Hatta Ramli kepada Harakahdaily.

http://bm.harakahdaily.net/

Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasiomal!! Kompleks Hospital Bachok!! Janji Dicapati!!


Janji siapa? Janji kita! Janji apa? Janji 1Malaysia!
Kompleks Hospital Bachok, iaitu projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9: 2006 - 2010) menunggu masa untuk 'dirasmikan!'
Revolusi Anak Muda Malaysia [ R.A.M.M ]


#TumbangBN
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) 2006-2010. Kini dah 2012 da...alasannya sebab kalah PRU lalu peruntukan diberi kepada kawasan yang menang.....Ini cth nyata bagaimana diskriminasi dan zalim kepada rakyat.....

P/S : Lepas tu si janji ditepati kononnya pun ada umumkan semula nak buat tapi nampaknyai janji hanya dicapati jelah...

Pakatan Rakyat Supporters

Friday 28 September 2012

Lagu PRU ke-13 KEADILAN bertajuk "Semarak Reformasi".

Lagu PRU ke-13 KEADILAN bertajuk "Semarak Reformasi". Menarik! Kongsi bersama rakan-rakan ya! Sharing is caring. :)
Nurul Izzah Anwar

TERKINI!! Video Youtube Bajet 2013 Najib.. - 1,000 'Dislike' & hanya 38 'Like'



BAJET 2013 : Mana Lagi Teruk? Kena Kencing Manis atau Hari-hari Kena 'Kencing' Seumur Hidup??



Mana lagi teruk? kena kencing manis atau hari-hari kena 'kencing' seumur hidup?? heheh (pssttttt kat malaysia xde tanam tebu! kita kena import tebu jauhhhhh kat felda chuping,pensylvania italy!!) sebab tu harga tebu memang tiap-tiap tahun naik beb! sebab kerajaan kena import tebu jauh.. trust those statement if you are fool enough!
___________________________________________________
Read this if you want to be smart.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Felda_Chuping
http://ms.wikipedia.org/wiki/Robert_Kuok
Sakit atau tidak itu semua kuasa Allah s.w.t. Jika Allah mengkehendakinya maka jadilah ia. Apa daya kita manusia melawan kuasa dan kehendak-NYA. Tapi sampai bila mahu biarkan anda diperdaya?
Cat Master Miu Miu

20 sen sekilogram gula yang akan di'cukai' oleh Kerajaan BN akan memberi 'keuntungan' RM ... juta?
-TK


Kaki kencing dan kaki kencing manis adalah dua entiti yang berbeza seperti mana rambut dan rambut palsu juga





Harga gula naik RM0.20, stok gula dah mula berkurang di pasaran... Harga kuih muih dan minuman akan naik harga? Ohh siapa yang rugi?
PemudaGombak.com




Komen Tentang Bajet 2013 Yang Di Bentang DS Najb




  • Wartawan Malaysiakini
  • 7:30PM Sep 28 2012
Pembangkang hari ini menyambut sinis pembentangan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Berikut petikan beberapa pemimpin utama pembangkang berhubung pembentangan sebentar tadi:

Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua pembangkang

Belanjawan biasanya memberikan unjuran berdasarkan senario antarabangsa dan keupayaan domestik.

Kedua-dua ini nampak tak disentuh sangat tapi nampak beberapa gimik politik yang agak keterlaluan.

Tentunya ada beberapa isu kita boleh jawab umpamanya disentuh tentang perumahan yang besar tetapi tidak pernah dicapai seperti kita harapkan."

Lim Guan Eng, ketua menteri Pulau Pinang

Jelas bajet ini bajet pilihan raya kerana ia tidak mengambil kira keadaan fiskal atau keadaan kewangan negara.

Kalau kita lihat belanja tahun lepas ia telah lebih belanja RM20 bilion.... Kalau kita lihat. Hutang naik 456 bilion tahun lepas kepada 502 bilion untuk akhir tahun ini.

Jadi jelas ia bajet pilihan raya untuk beli undi tapi kita harap bukan sekadar beli undi tapi menjadikan kroni-kroni kaya sahaja.

Kita lihat di sini yang dapat manfaat kroni-kroni dengan projek yang dijanjikan. Kita lihat kalau tahun depan Pakatan menang ini mungkin akan buat kita lebih susah lagi.

Tan Sri Khalid Ibrahim, menteri besar Selangor

Ia (belanjawan) masih berkisar soal isu makro dan bukan isu-isu berkaitan rakyat.

Salahuddin Ayub, naib presiden PAS
Asas kekuatan ekonomi tidak disentuh secara kukuh dalam bajet kali ini. Banyak fokus yang menjurus kepada pemberian undi. Kena kembali kepada asas dan pecahkan sistem monopoli.

"Bajet yang sangat jelas menjurus kepada pemberian undi yang tidak dapat dielakkan ekoran terlalu banyak pengumuman pemberian tunai.

"Bajet Pakatan lebih bersifat fundamental dan punya objektif yang kukuh untuk menyelesaikan masalah rakyat jika memilih Pakatan.

Datuk Mahfuz Omar, naib presiden PAS

Ini bajet panik kerajaan kerana ia berasaskan pemberian yang diumumkan dan di akhirnya memang menyeru harapan rakyat supaya bagi peluang kepada Umno-BN sekali lagi.

Kerajaan panik dengan gelombang kebangkitan rakyat. Bajet yang tidak mengetengahkan reformasi kepada struktur ekonomi.

Ada lagi unsur ketirisan dan nak kayakan kroni bukan untuk rakyat.

Dengan hutang negara telah mencecah RM476billion hutang negara, kerajaan masih tidak mengemukakan langkah untuk membawa pulang semula RM1.08 trilion ke dalam negara.

Anthony Loke, ketua Pemuda DAP

Ia untuk membeli pengundi dari pelbagai sektor. Gula-gula paling jelas ialah rebat pembelian telefon pintar RM200. Ia jelas mensasarkan pengundi pertama kali. Begitu juga dengan baucar dan sebagainya.

Penjawat awam dengan bonus sebulan setengah... Ini pertama kali bonus untuk penjawat awam naik kepada sebulan setengah.

Tujuannya untuk mendapatkan sokongan kelompok ini dalam pilihan raya.

Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor)

Jelas bahawa bajet PM seolah-olah tidak mengambil latar belakang fizikal dan hanya disusun untuk mendapatkan undi.

Ini kita sudah jangkakan. Perbelanjaan sepatutnya bertanggungjawab dan ini berlaku sebaliknya.

Segala pemberian one-off bermakna Najib hanya mahukan undi untuk pilihan raya umum.

Ringkasnya, walaupun bajet PM dan belanjawan Pakatan bersifat popular dan populis - opular untuk memenuhi kesejahteraan rakyat - populis hanya memberikan beban pada rakyat.


Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera)

Belanjawan ini tiada idea baru dan hanya mengulangi dasar memberikan wang di sana sini serta membeli undi.

Kenapa saya kata tiada idea? Ia seperti memberitahu pelajar "saya beri kamu wang untuk tuisyen" daripada memperbaiki kualiti pendidikan.

Thursday 27 September 2012

Muhyiddin: Isu kerugian Bank Negara 'cerita lama' - Malaysiakini



Muhyiddin Yassin kata kerugian RM5.7billion dialami Bank Negara Malaysia dalam dagangan pertukaran asing pada tahun 1992 olehTan Sri Nor Mohamed Yakcop dan diberi penghargaan luar biasa kerana kehebatannya membawa kerugian dengan menaikkan pangkat menjadi menteri adalah kisah lama.
Tapi kes ulang tayang yang sudah pun selesai disiasat kononnya bakal PM ke-7 Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim ada dana khas RM3billion, itu kisah baru dan masih segar bugar!!!
APALAH MALANG NASIB MALAYSIA KINI.. ADA PM JENIS PENAKUT..ADA TPM CAKAP GUNA KEPALA LUTUT..
CUKUP HAIRAN... MACAM MANA KEDUA MEREKA BOLEH DIANGKAT MENJADI PEMIMPIN NOMBOR SATU DAN DUA UMNO....JUAK-JUAK UMNO TAK RASA MALU KE MEMILIKI KUALITI PEMIMPIN MACAM INI?
Bumiputera Berjaya


SEBARKAN!! : Antara Fitnah-fitnah BN!


BN Hilang Modal & Terus Buat Fitnah :

[FITNAH UMNO] Penjualan tanah Bayan Mutiara dibuat secara rundingan.
[FAKTA BENAR] Tender terbuka dijalankan dan tidak diberikan kepada kroni.


[FITNAH UMNO] Hasil penjualan tanah Bayan Mutiara tidak bermanfaat kepada rakyat.
[FAKTA BENAR] RM500 juta diperuntukkan untuk membina rumah mampu milik bermutu yang terbaik di Malaysia agar golongan tidak berada boleh hidup dengan bermaruah.


[FITNAH UMNO] Harga jualan RM240 sekaki persegi terlalu rendah kerana boleh dijual dengan harga RM420 sekaki persegi.
[FAKTA BENAR] Harga tender terbuka untuk semua. Cabar UMNO beli RM420 sekaki persegi tapi UMNO tidak berani terima


[FITNAH UMNO] Rancangan pembinaan terowong ke Balik Pulau.
[FAKTA BENAR] Tiada rancangan langsung.


[FITNAH UMNO] Anti-Bahasa Malaysia kerana minta pelajar boikot Utusan Malaysia dan Berita Harian.
[FAKTA BENAR] Minta pelajar pilih Sinar Harian (SH) yang lebih benar daripada Utusan Malaysia dan Berita Harian yang pandai sebarkan fitnah anti-PR. Bukankah Sinar Harian (SH) suratkhabar Bahasa Malaysia?


[FITNAH UMNO] Konspirasi besar kerana Ketua Menteri menerima kunjungan hormat Ahli Parlimen wanita PAP.
[FAKTA BENAR] Mengapa tiada konspirasi apabila Ahli Parlimen wanita PAP turut mengadakan kunjungan hormat terhadap Wanita UMNO?


[FITNAH UMNO] Ketua Menteri cakap tidak perlukan undi kaum India.
[FAKTA BENAR] Bukti video menunjukkan bahawa Ketua Menteri mahu dan hormat semua kaum termasuk kaum India.


[FITNAH UMNO] Kerajaan Negeri roboh rumah kampung orang melayu
[FAKTA BENAR] Tiada sebuah rumah pun dirobohkan oleh Kerajaan Negeri sebaliknya koperasi yang dipengerusikan UMNO robohkannya.

Ketua Menteri telah menang saman malu terhadap Utusan Malaysia sebanyak RM250ribu atas fitnah jahat beliau anti-islam, anti-melayu.

Wednesday 26 September 2012

Yahudi Yang Memeluk Islam


“Aku dilahirkan sebagai seorang Yahudi Rusia. Perjuanganku bermula semasa aku berumur 19 tahun. Keyakinanku terhadap tuhan kerap berbolak-balik. Cita-citaku dalam hidup ini mulanya adalah nak menjadi seorang bintang rock. Aku tinggal di US dan bekerja sebagai setiausaha….. sungguh melucukan..

Suatu malam aku berjalan ke dapur, tiba-tiba ternampak satu lembaga hitam, rupanya kawan serumahku. Aku masih ingat bertanya dia “Boleh tak aku simpan vodka ini dalam peti ais?. Lepas tu kami bersalaman dan kembali ke bilik tidur. Selepas itu, kehidupan aku berubah secara tiba-tiba.
Kawan aku ini adalah seorang muslim. Dia adalah orang Islam yang pertama aku kenali. Oleh sebab terlampau kuat semangat ingin tahu aku pun bertanya kepada dia tentang Islam… Aku Tanya dia pasal sembahyang 5 waktu, perang jihad, siapa Muhammad?
Perbualan kami turut disertai bersama dengan seorang kawan Kristian kami bernama Wade. Jadi kami pun membentuk dialog antara agama Islam, Yahudi dan Kristian. Dalam sesi tersebut kami telah menemui banyak perbezaan dan persamaan.
Tanpa kusedari minatku telah bertukar daripada seks, dadah dan berpesta kepada pencarian mendalam kepada agama. Satu pencarian yang aku perlu lengkapkan. Pencarian kepada tuhan dan pencarian bagaimana untuk mengikuti perintah tuhan.
Dalam kesungguhanku mencari kebenaran, aku bertanya kepada diriku. Ok, kita mula cara mudah, ada berapa tuhan sebenarnya? Aku yakin ada satu je.. sebab kalau banyak tuhan akan jadi lemah sebab pasti berlaku perselisihan dan pergaduhan… Satu tuhan adalah keyakinanku, dan pilihanku.
Suatu ketika dulu aku buka mindaku kepada kemungkinan wujudnya tuhan. Aku analisa pandangan orang yang percaya dan tak percaya. Yang membuatkan aku menyebelahi orang yang percaya adalah ungkapan ‘setiap rekaan mesti ada perekanya’. Dengan keyakinan sedemikian dalam diriku akhirnya aku sedar dengan yakin bahwa tuhan itu wujud. Aku masa tu masih tak dapat menjelaskannya tetapi jauh dalam lubuk hatiku aku percaya.
Ketakjuban yang baru aku jumpa ni diikuti dengan rasa tanggungjawab terhadap Penciptaku. Dunia beragama kemudian menjadi tumpuanku.
Lepas tu aku bertanya pada diriku “Mana aku akan mula?” Secara lisan ada ribuan jenis kepercayaan. Aku perlu juruskan kepada hanya beberapa kepercayaan sahaja. Macam mana aku nak selesaikan masalah ini? Mula-mula cari yang percaya pada satu tuhan sahaja. Ini aku masukkan dalam kepala otakku. Tentu sekali ini logik sebab aku hanya percaya pada satu tuhan sahaja.”
Ok, lepas tu.. “ini maknanya kita tolak agama Hindu dan Buddha sebab keduanya percaya pada banyak tuhan. Jadi tinggal 3 saja agama yang ada satu tuhan iaitu Islam, Yahudi dan Kristian…. Jadi oleh sebab aku ni Yahudi aku mula dengan Judaism (Ugama Yahudi) terdapat satu tuhan, beberapa Rasul, ’10 Commandments’, Taurat, jiwa Yahudi…apa,.. apa jiwa Yahudi?
Masa aku buat kajian perkara ini menghantui fikiranku. Ceritanya ‘Jika seseorang tu dilahirkan sebagai Yahudi dia ada jiwa Yahudi dan mereka mesti menganut Judaism (agama Yahudi)’…. tunggu jap..kalau macam tu ni dah jadi diskriminasi kan? Sedangkan agama itu patut universal (menyeluruh).
Jadi tuhan juga buat jiwa Yahudi, jiwa Kristian dan jiwa Muslim dan jiwa Hindu? Aku ingat semua manusia diciptakan sama sebagai manusia? Jadi kalau seseorang itu dilahirkan dalam sesuatu agama dengan ketentuan tuhan, maka dia mesti berada dalam agama tersebut walaupun akhirnya seseorang tu mendapati agamanya sesat?…hmmm aku tak percaya ..camtu zalim tuhan..ini mustahil.
Satu hal lagi yang peliknya dalam Judaism tak ada konsep neraka…yang ada syurga je…kalau macam tu kenapa nak buat baikkan? Kenapa hidup ni tak buat dosa je? kan elok? Kalau aku takde rasa takut dengan pembalasan atas kejahatan yang aku lakukan kenapa aku perlu berlaku baik dalam hidup?
Kita teruskan..Aku dapati Christianity (agama Kristian) ok, ada satu tuhan, seorang anak, seorang bapa dan roh suci…macam mana nak kata semua ni satu tuhan 1+1+1 =3 bukan satu? Jadi macam mana yang dikatakan percaya satu tuhan?
Penjelasan lepas penjelasan, persamaan lepas persamaan dan perbandingan lepas perbandingan, analogi lepas analogi.. aku tak dapat terima konsep ini… Ok kita tengok isu lain pula…
Jesus mati disebabkan dosa kita dan dia lakukan sedemikian sebab kita telah dipenuhi dengan ‘dosa asli’. Jadi, Jesus Christ anak tuhan perlu dikorbankan untuk menyelamatkan semua orang daripada neraka dan menyembuhkan kita daripada dosa yang diberikan kepada kita oleh Adam..
Ok, kalau begitu maknanya kamu mengatakan bahawa kita dilahirkan sebagai orang yang telah sedia berdosa? Dan untuk jadi orang yang berdosa seseorang itu perlu melakukan satu dosa baru boleh jadi begitukan? Jadi kamu beritahu aku yang bayi yang baru lahir telah melakukan kesalahan berdosa? Yang ni pelik.. takkan sebab kesalahan satu orang semua manusia kena pikul dosanya? Apakah maksud pegangan sebegini? Seksa semua orang walaupun satu orang melakukan kesalahan? Kenapa tuhan buat undang-undang macam tu? Tuhan tak zalim..mustahil… tak logik… aku tak percaya.
Jadi Jesus Christ mati kerana beliau ‘mengasihi manusia’.. Nanti dulu dalam Bible disebut Jesus berkata “Bapa, kenapa aku dibuat begini?” Bermakna Jesus tak faham kenapa dia dibunuh secara kejam.. Tetapi kamu kata dia secara sukarela dikorbankan…. Walau apapun aku tetap tak dapat terima kepercayaan begini. Ok, agama selanjutnya adalah Islam….
Islam bermaksud penyerahan diri. Kepercayaan umumnya adalah satu tuhan, solat 5 waktu sehari semalam, infaqkan 2.5% zakat tahunan kepada fakir miskin, berpuasa bulan Ramadan.. dan mengerjakan Haji sekali seumur hidup jika mampu. Ok, tak ada yang sukar untuk difahami.
Tak ada yang bercanggah dengan logik akalku. Al-Quran adalah kitab mukjizat. Banyak bukti saintifik telah diperolehi daripadanya sejak 1,400 tahun yang lalu.
Ok. Islam telah melepasi tapisan awalku tentang keagamaan.. Tetapi aku ingin bertanya beberapa soalan yang mendalam tentangnya.. Adakah Islam itu menyeluruh? Ya.. semua orang boleh faham kepercayaan yang asas ini. Tiada analogi atau persamaan yang diperlukan.. Adakah ianya selaras dengan Sains? Sudah tentu.. terdapat berdozen ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan tentang Sains moden dan teknologi.
Semakin aku membuat kajian ke atas ratusan fakta logik yang aku baca dan buat kajian, satu perkara lagi mengetuk fikiranku…yang paling utama sekali Islam.. nama agama. Aku dapati ianya disebutkan banyak kali di dalam Al-Quran.
Walau bagaimanapun, mengingat semula kajianku yang lepas. Aku tak ingat pun melihat satu perkataan Judaism di dalam ‘Old Testament” atau Christianity di dalam ‘New Testament”. Perkara ini amat besar dan mustahak. Kenapakah kita tak jumpa nama agama masing-masing dalam kitab berkenaan? Sebab… memang tidak ada nama agama dalam kitab tersebut ..Saya pun berfikir.. Judaism datang daripada perkataan “Juda” dan “ism” sementara Christinity daripada perkataan “Christ” dan ” ianity”…
Jadi siapakah Juda ini? Dia adalah ketua kabilah Hebrew ketika tuhan menurunkan wahyu kepada manusia. Jadi agama ini dinamakan daripada nama seseorang.. Ok.. kita tengok pula siapakah Jesus Christ. Dia adalah orang yang menyampaikan risalah tuhan kepada golongan Yahudi. Jadi, kesimpulannya agama ini dinamakan dengan nama manusia.
Bercanggah dengan fakta, agama Judaism dan Christinity tidak ada disebutkan dalam kitab suci mereka.. Bagi aku ini sangat pelik.. aku tak boleh terima.
Kalaulah aku jual barang dari rumah ke rumah dan aku cakap pada tuan rumah “Tuan nak beli barangan (tiada nama)? Tentu sekali jawapan logik adalah “Apakah barangan (tiada nama) ini dipanggil?.. Pasti saya takkan dapat menjual walau satu produk pun yang tiada nama, bukan ?
Menamakan sesuatu adalah perkara asas manusia menentukan objek baik secara fizikal atau bukan fizikal. Kalau agama yang hendak dianuti dan disebar kepada manusia di atas mukabumi, tentu sekali ianya mesti ada nama.
Sudah tentu sekali nama agama adalah nama yang diberikan oleh tuhan yang maha Esa? Aku yakin macam tu… tepat sekali.. Nama Judaism dan Christianity tidak ditulis dalam kitab suci mereka, manusia yang ciptakannya bukan tuhan. Kenyataan yang tuhan menurunkan agama untuk manusia ikuti tanpa nama adalah mustahil pada pendapat aku… Tak masuk akal.
Pada hujah ini, Judaism dan Christianity dah hilang kredibiliti sebagai asli, logik dan menyeluruh sebagai sebuah agama daripada pandanganku. Islam adalah hanya satu agama yang ada nama agamanya tercatat dalam kitab suci,,,, ini sangat penting dan bermakna bagiku.
Aku kini menyedari aku wajib mengikuti Islam…….kemudian aku mengucap syahadah…aku bersyukur diketemukan dengan kebenaran. Dulu aku dalam kegelapan ..kini aku dalam cahaya kebenaran..
Allahu Akbar…….
Oleh Michael David Shapiro
Wallahualam..”
Sumber: http://www.zaharuddin.net/

Najib Beri RM 2 Bilion Kepada Kroninya

NAJIB BERI RM 2 BILION KEPADA KRONINYA :
Kroni UMNO untung atas angin hingga RM 2 Bilion. IMDB ( 1 Malaysia Development Berhad ) membeli beberapa syarikat penjana kuasa bebas IPP pada harga yang tinggi. IMDB membeli Syarikat milik Tan Sri Ananda Krishnan iaitu TANJUNG ENERGY HOLDING dgn harga RM 8.5 Bilion - ( ketika itu harga bernilai RM 6.6 bilion ). Dan Syarikat milik Genting Berhad iaitu Mastika Lagenda dgn harga RM 2.55 Bilion - ( Ketika itu nilai RM 1.9 bilion daripada penjualan sahamnya )
UNTUNG ATAS ANGIN SYARIKAT MILIK ANANDA KRISNAN BERNILAI RM 1.9 SELEPAS MENJUAL KEPADA 1MDB. dan GENTING PULA UNTUNG ATAS ANGIN JUGA RM 1.9 BILION.
Komeneh Gopen

Tuesday 25 September 2012

Tun Dr Mahathir Disepina Bagi Minggu Bermula 8 Oktober 2012 - PKFZ



KUALA LUMPUR 26 Sept — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah diberikan arahan mahkamah untuk memberikan keterangan untuk mempertahankan bekas menteri kabinet Tun Dr Ling Liong Sik dalam perbicaraan kes Zon Bebas Perlabuhan Klang PKFZ kata satu sumber hari ini “Dia telah disepina bagi minggu bermula 8 Oktober ” jurucakap pasukan pembelaan memberitahu pemberita di mahkamah merujuk kepada PM Malaysia keempat dan paling lama berkhidmat iaitu selama 22 tahun Dr Mahathir yang mula bertugas sebagai PM bermula 1981 dan berakhir pada Oktober 2003 sebelum ini dikaitkan dalam skandal PKFZ yang bertujuan menjadikan Perlabuhan Klang sebagai hub pengangkutan serantau Dalam keterangannya sebelum ini pada 13 Julai lepas Dr Ling memberitahu mahkamah bahawa Dr Mahathir telah “terlibat sepenuhnya” sepanjang proses konsep keseluruhan projek PKFZ “PM telah terlibat sepenuhnya dalam semua yang saya lakukan Beliau Dr Mahathir begitu baik dia tahu saya lakukan sesuatu baik jadi saya boleh terbang di luar negara pada bila-bila masa “Kerana apabila saya mempunyai mesyuarat dengan agensi-agensi perkapalan di luar negara saya tidak boleh menunggu kabinet untuk meluluskan cuti saya supaya dia akan izinkan saya pergi ” katanya kemudian apabila diminta untuk menjelaskan bagaimana idea untuk PKFZ datang “Dalam mana-mana kerajaan jika PM menyokong anda tiga suku pertempuran dimenangi dan dia Dr Mahathir begitu menyokong ” kata Dr Ling.
http://www.themalaysianinsider.com

Jet Peribadi : Antara DSAI & Zahid Hamidi

Jet peribadi: Zahid Hamidi kantoi! hahaha!Anwar naik jet, kecoh 1Malaysia.. Zahid Hamidi naik jet peribadi ke Mekah ni kenapa diam?
Isu anwar naik jet lebih besar dari Skandal PERWAJA, lebih besar dari skandal PKFZ, lebih besar dari skandal BMF malah jauh lebih besar dari skandal NFC ataupun MRT.



http://www.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/13413-jet-peribadi-zahid-hamidi-kantoi-hahaha


Pencacai UMNO Kantoi lagi!! Ahli Perniagaan Mengaku Sediakan Jet Pada Anwar

Menurut laporan The Star hari ini, Mohd Taufik menafikan dia adalah pemilik jet tersebut dan enggan mendedahkan jumlah wang yang dibayar bagi khidmat menyediakan jet itu. “Syarikat saya hanya menguruskan jet peribadi.“Oleh kerana ia jet peribadi, maka ia harus menjadi perkara rahsia,” katanya dalam The Star. 

Pengakuan tersebut sekaligus telah memalukan bloggers pro-UMNO/BN yang sebelum ini memfitnah dan menipu kononnya jet tersebut disewa dari Amerika Syarikat dan dibiayai oleh George Soros dan puak-puak Yahudi. 

BUTIRAN JET PERIBADI YANG DIGUNA OLEH DSAI DAN ROMBONGAN KE-LABUAN 
1. Dassault Mystere Falcon 900 
2. No Pendaftaran N990BB 
3. Mula beroperasi di Subang sejak Februari 2012. 
4. 'Pemilik' - 'Ajen Tempatan' - 'Operator' : Dato Mohamad Taufik bin Haji Omar, Pengerusi LD Sports Sdn Bhd, Presiden Malaysian Judo Association.

APABILA JIWA DAN MINDA DISELAPUTI PENUH DENGAN PERASAAN GENTAR CUAK KERANA REBAH MENANTI DIDEPAN PINTU RUMAH MAKA JALAN TERBAIK DIAMBIL IALAH MENIPU DAN MEMFITNAH!!!

Artikel Penuh :
http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/09/pencacai-umno-kantoi-lagi-ahli.html

Monday 24 September 2012

Ketua Pemuda UMNO Kepong Yang Parah Ditikam Pernah Bantah Perlantikan Ezam Sebagai Senator


Ketua Pemuda Umno Kepong parah ditikam

  • 2:18PM Sep 24 2012
 
Ketua Pemuda Umno Kepong Datuk Norizan Ali parah ditikam dalam satu kejadian berhampiran rumahnya di Jalan Dagang 2/4 Taman Dagang, Ampang di ibunegara kira-kira 3.30 pagi tadi.
    
Ketika kejadian, Norizan, 41, dikatakan baru sahaja keluar dari kereta yang diparkir kira-kira 20 meter dari rumahnya sejurus pulang daripada menonton perlawanan bola sepak di sebuah kedai makan berhampiran.

Isteri Norizan, Roslinda Kamarudin, 38, berkata tikaman tersebut menyebabkan suaminya mengalami kecederaan parah di perut dan jari tangan.

Menurut Roslinda, kejadian itu disedarinya setelah terdengar pintu pagar rumah mereka diketuk bertalu-talu diiringi jeritan meminta tolong.

"Semasa kejadian, saya dan anak perempuan berada di tingkat atas rumah apabila terdengar suara meminta tolong dan pintu pagar diketuk.

"Apabila keluar, saya dan Amalina (anak) amat terkejut apabila melihat suami terbaring di pagar dengan badan berlumuran darah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya hari ini.

Roslinda berkata melihat keadaan suaminya yang tidak bermaya, anaknya yang berusia 19 tahun itu terus menghubungi polis serta ambulans dan Norizan kemudiannya dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut.

Jiran mereka, Abd Wahab Karim, 54, berkata semasa kejadian, beliau ada terdengar bunyi enjin motosikal sebelum terdengar jeritan meminta tolong daripada isteri mangsa.
    
"Bila keluar dari rumah, saya melihat mangsa yang tinggal bersebelahan terbaring dalam keadaan separuh sedar dengan tubuh dibasahi darah dan kecederaan diperutnya saya lihat agak parah," katanya yang turut hadir memberikan sokongan kepada isteri mangsa.
    
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata polis menerima laporan kejadian pada 4 pagi dan tiba di lokasi kejadian tiga minit selepas itu.
    
Beliau yang ditemui selepas melawat Norizan di hospital, berkata siasatan awal polis mendapati tiada barangan milik mangsa yang hilang dan siasatan lanjut mengenai motif kejadian hanya boleh diputuskan selepas mendapat keterangan daripada mangsa. 
    
"Mangsa kini sedang menjalani pembedahan. Kita terpaksa tunggu sehingga beliau sedar untuk merekodkan keterangan bagi membantu siasatan," katanya.

- Bernama

Sunday 23 September 2012

Pinjaman Bank Dunia Dibuat Tun M Pada Jun 98 & Mac 1999 Kenapa Tak Bising?

KETIKA PINJAMAN BANK DUNIA DIBUAT TUN M PADA JUN 98 DAN MAC 1999, PRESIDEN BANK DUNIA KETIKA ITU ADALAH SIR JAMES WOLFENSOHN (YAHUDI) MANAKALA KETUA EKONOMI BANK DUNIA ADALAH JOSEPH E. STIGLITZ JUGA SEORANG YAHUDI. (SILA RUJUK LINK YANG SAYA LAMPIRKAN). KENAPA TUN M DAN MENTERI-MENTERI UMNO YANG LAIN BEGITU BISING SOAL SUMBANGAN DANA SOROS KEPADA SUARAM TETAPI TIDAK KEPADA PEMIMPIN UMNO MEREKA YANG SANGGUP MELUTUT MEMINJAM. MEMINJAM ATAU MEMBERI SUMBANGAN, YANG MANA SATU TERDEDAH KEPADA MANIPULASI YAHUDI DI DALAM URUSAN TADBIR NEGARA??? YANG MANA SATU AKAN TERIKAT KEPADA SYARAT-SYARAT??? FIKIRKANLAH. RAJA HIPOKRIT ADALAH UMNO, DULU, KINI DAN SELAMANYA.

SIR JAMES WOLFENSOHN(YAHUDI)
http://www.thejc.com/news/world-news/50213/israeli-honour-sir-james-wolfensohn-after-beirut-petition

Huzir Sulaiman

 

Pulau Pinang Syor Nama Lapangan Terbang Antarabangsa P Ramlee

\

23 September 2012
SHAH ALAM – Kerajaan Pulau Pinang mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan menamakan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa P. Ramlee bagi mengenang jasa seniman terunggul itu.
“Pulau Pinang amat bangga bahawa Allayarham Tan Sri P. Ramlee adalah anak negeri Pulau Pinang yang dibesarkan dan belajar di sini,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, masih ada ramai yang tidak tahu bahawa P. Ramlee berasal dari Pulau Pinang.
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas. Ia dibuka pada 1935.
Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, memandangkan beliau dikenali umum di peringkat antarabangsa, adalah wajar nama beliau terukir di peringkat antarabangsa seperti lapangan terbang yang berhubung kait dengan pentas dunia.
Pada masa yang sama, ujarnya, keadaan kerja semasa membesarkan Lapangan Terbang Antarabangsa sebanyak RM250 juta di luar atau di dalam agak kurang memuaskan dengan kebocoron air hujan, kualiti kerja kurang baik dalam banyak aspek, kelambatan siap kerja dan pengurusan kerja yang mengganggu penumpang-penumpang.
“Terlalu banyak aduan diterima bukan sahaja daripada penumpang tetapi juga daripada pekerja-pekerja dalam lapangan terbang tersebut,” ujarnya.
Justeru, kata Guan Eng, beliau juga berharap Kerajaan Persektuan boleh menjalankan semakan setiap minggu untuk mengenal pasti masalah tersebut yang timbul agar ia tidak ditutup begitu sahaja.
“Kebimbangan semua pihak adalah bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang P. Ramlee ini akan menjadi suatu lapangan terbang bermasalah sebaik ia siap kelak,” katanya.