Thursday 27 September 2012

SEBARKAN!! : Antara Fitnah-fitnah BN!


BN Hilang Modal & Terus Buat Fitnah :

[FITNAH UMNO] Penjualan tanah Bayan Mutiara dibuat secara rundingan.
[FAKTA BENAR] Tender terbuka dijalankan dan tidak diberikan kepada kroni.


[FITNAH UMNO] Hasil penjualan tanah Bayan Mutiara tidak bermanfaat kepada rakyat.
[FAKTA BENAR] RM500 juta diperuntukkan untuk membina rumah mampu milik bermutu yang terbaik di Malaysia agar golongan tidak berada boleh hidup dengan bermaruah.


[FITNAH UMNO] Harga jualan RM240 sekaki persegi terlalu rendah kerana boleh dijual dengan harga RM420 sekaki persegi.
[FAKTA BENAR] Harga tender terbuka untuk semua. Cabar UMNO beli RM420 sekaki persegi tapi UMNO tidak berani terima


[FITNAH UMNO] Rancangan pembinaan terowong ke Balik Pulau.
[FAKTA BENAR] Tiada rancangan langsung.


[FITNAH UMNO] Anti-Bahasa Malaysia kerana minta pelajar boikot Utusan Malaysia dan Berita Harian.
[FAKTA BENAR] Minta pelajar pilih Sinar Harian (SH) yang lebih benar daripada Utusan Malaysia dan Berita Harian yang pandai sebarkan fitnah anti-PR. Bukankah Sinar Harian (SH) suratkhabar Bahasa Malaysia?


[FITNAH UMNO] Konspirasi besar kerana Ketua Menteri menerima kunjungan hormat Ahli Parlimen wanita PAP.
[FAKTA BENAR] Mengapa tiada konspirasi apabila Ahli Parlimen wanita PAP turut mengadakan kunjungan hormat terhadap Wanita UMNO?


[FITNAH UMNO] Ketua Menteri cakap tidak perlukan undi kaum India.
[FAKTA BENAR] Bukti video menunjukkan bahawa Ketua Menteri mahu dan hormat semua kaum termasuk kaum India.


[FITNAH UMNO] Kerajaan Negeri roboh rumah kampung orang melayu
[FAKTA BENAR] Tiada sebuah rumah pun dirobohkan oleh Kerajaan Negeri sebaliknya koperasi yang dipengerusikan UMNO robohkannya.

Ketua Menteri telah menang saman malu terhadap Utusan Malaysia sebanyak RM250ribu atas fitnah jahat beliau anti-islam, anti-melayu.