Friday, 12 October 2012

"Tandatangan Atau Tanah Di Rampas"- Datuk Bandar KL

KUALA LUMPUR, 12 Okt — Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib memberi dua pilihan kepada penduduk Jalan Sultan sama ada tandatangan surat persetujuan (POA) atau tanah akan dirampas untuk projek Transit Aliran Massa (MRT), kata peguam mereka, Ngeow Chow Ying.

Menurut Ngeow, pertemuan dengan Datuk Bandar hanya membincangkan tentang tanah tanpa mahu membincangkan isu yang berbangkit.“Kami rasa seolah-olah diketepikan,” kata Ngeow lagi.

Menurut Ngeow, penduduk Jalan Sultan akan memperoleh keistimewaan mendapatkan ruang pada masa hadapan terutamanya apabila Menara Warisan Merdeka siap.“Tetapi mereka dari Menara Warisan Merdeka tidak menghubungi kami,” kata Ngeow lagi.

P/S : Lebih baik tak payah bagi pilihan..LOL....cakap jer memang kami akan rampas...kan senang....
Andi Silahhuddin

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tandatangan-atau-tanah-dirampas-kata-datuk-bandar-kepada-penduduk-jalan-sultan/