Thursday, 4 October 2012

PR: Polisi Gaji Minimum BN Membawa ‘Hampir Tiada Perubahan’ - The Malaysian Insider


Oleh Ida Lim October 04, 2012
KUALA LUMPUR 4 Okt — Pakatan Rakyat PR mendakwa polisi gaji minimum yang diperkenalkan oleh Barisan Nasional BN membawa ‘hampir tiada perubahan’ Kadar gaji minimum RM900 yang diumumkan bagi rakyat di Semenanjung dan RM800 untuk Sabah dan Sarawak sebenarnya termasuk elaun ini bermakna gaji pokok adalah masih antara RM700 dan RM800 kata PR dalam satu kenyataan yang ditandatangani oleh ahli parlimen PKR Chua Tian Chang Liew Chin Tong dari DAP dan Dr Dzulkefly Ahmad dari PAS 

Ini bermakna perubahan yang dikatakan wujud sebenarnya hampur tiada perubahan langsung ” kata mereka PR juga meminta Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin gambar untuk bersama gagasan pembangkang dalam menuntut kerajaan untuk “melupuskan status rahsia” laporan sulit Bank Dunia bertajuk Optimal Design for a Minimum Wage Policy in Malaysia yang bertarikh 28 Julai 2011 PR juga berkata pendapat yang mengatakan tambahan RM200 bagi gaji minimum akan memufliskan syarikat-syarikat adalah tidak benar 

Dalam laporan semalam Khairy telah menyerang cadangan PR untuk menetapkan gaji minimum pada kadar RM1 100 Namun dalam sidang akhbar hari ini Chua berkata “Masalahnya bukan gaji minimum setiap individu masalah sebenarnya adalah kekurangan perkhidmatan sokongan ” “Walaupun kita bertegas RM1 100 mampu dibayar bagi majoriti perusahaan Malangnya perusahaan kecil tidak dilindungi dan kerajaan tidak memberikan sokongan yang cukup bagi mereka walaupun RM700 ” katanya 

PR berkata perkara ini menunjukkan bahawa dasar gaji minimum “tidak perlu dilaksanakan secara berasingan dan secara berperingkat” Ia menambah bahawa mereka telah mencadangkan untuk mengurangkan pergantungan kepada buruh asing dan buruh tempatan serta meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga kerja.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pr-polisi-gaji-minimum-bn-membawa-hampir-tiada-perubahan/