Friday, 5 October 2012

Jelajah Merdeka Rakyat Ke Negeri Perak

JELAJAH MERDEKA RAKYAT KE NEGERI PERAK 

Program Jelajah Bas Merdeka Rakyat bersama Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meneruskan kembaranya ke negeri Perak pula pada Ahad, 7 Oktober ini.

Program dijadual bermula jam 3 petang di Kampung Kepayang, Simpang Pulai, Gopeng, seterusnya ke Tapak Pasar Malam Titi Gantung, Bota untuk program bersama rakyat.

Dato Seri Anwar kemudiannya akan menghadiri Majlis Minum Petang bersama pimpinan dan jentera Pakatan Rakyat di Markas PAS Titi Gantung, sebelum menunaikan solat dan tazkirah
Maghrib di kawasan yang sama.

Pada sebelah malam, dua ceramah akan diadakan iaitu di Sitiawan dan Bagan Datoh.

Selain Anwar, ceramah bakal dibarisi panel Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Moh Nur Manuty; Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye; Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Mustafa, Kamil Ayub, pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari dan ramai lagi pemimpin Pakatan negeri.

Kami Boikot Buletin Utama TV3