Friday 12 October 2012

Najib Enggan Dedah Penyumbang RM40j Pada Umno Sabah Dan Berkata Ianya Derma Politik




  • Najib enggan dedah penyumbang RM40j pada Umno Sabah

  • Abdul Rahim Sabri - Malaysiakini
  • 11:36PM Okt 12 2012

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata wang RM40juta yang cuba diseludup ke Malaysia untuk Umno Sabah adalah "sumbangan politik" (political donation) untuk Umno.

Bagaimanapun, presiden Umno itu enggan mendedahkan pihak yang menyumbang wang tersebut kepada Umno apabila ditanya pemberita.

"Ia adalah untuk sumbangan politik. Setiap parti politik mempunyai hak untuk menerima sumbangan politik selagi ia dibuat dengan mengikut saluran yang betul.

"Kami tidak boleh mendedahkannya kerana pembangkang juga menerima sumbangan. Mereka (juga) tidak mendedahkannya," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi BN.

Diminta oleh wartawan untuk mengesahkan adakah ia dibuat dengan cara yang betul, Najib berkata:

"Ya... Apa sahaja selagi ia dilakukan mengikut saluran atas nama parti."

Ditanya wartawan bahawa jumlah wang tersebut itu boleh menimbulkan keraguan di kalangan umum, Najib hanya membalas:

"Tanya pembangkang berapa banyak mereka menerima (sumbangan politik)."

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz sebelum ini dilaporkan berkata, kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan wang berjumlah RM40 juta yang diseludup ke Malaysia melalui Hong Kong merupakan sumbangan kepada Umno Sabah dan bukannya kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Dalam jawapan bertulisnya di Parlimen, Nazri berkata elemen rasuah tidak dibuktikan dalam kes tersebut.

Transperancy International Malaysia turut mendesak Umno mendedahkan sumber wang tersebut.

http://www.malaysiakini.com/news/211554


PM: RM40 juta diterima Umno Sabah 'sumbangan politik'

WARTAWAN SINAR HARIAN
13 Oktober 2012

SHAH ALAM - Langkah Umno Sabah menerima RM40 juta daripada seorang ahli perniagaan, yang didakwa menyeludup masuk ke negara ini dari Hong Kong, adalah amalan biasa sesebuah parti politik kerana diterima mengikut prosedur betul, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Ia adalah sumbangan politik. Setiap parti politik mempunyai hak untuk menerima sumbangan politik selagi ia datang mengikut saluran yang betul," kata Perdana Menteri.

Sehubungan itu, beliau yang juga Presiden Umno berkata, "pembangkang juga menerima sumbangan."
"You (anda) boleh tanya soalan yang sama kepada pembangkang," katanya dipetik Bernamaselepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Menara Dato' Onn, malam tadi.
Najib ditanya mengenai siapa dan kenapa Umno Sabah diberikan wang sebanyak RM40 juta.
Baru-baru ini, Jabatan Peguam Negara memutuskan bahawa elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan dalam sumbangan yang diterima oleh Umno Sabah.
Dana tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada Badan Umno Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.
Transparency International Malaysia (TI-M) menuntut pihak berkuasa mendedahkan sumber "sumbangan politik" RM40 juga kepada Umno Sabah, yang menyaksikan seorang ahli perniagaan ditangkap ketika cuma menyeludup masuk ke negara ini dari Hong Kong.
Merujuk kepada jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri  Aziz kepada Tian Chua dari PKR di Parlimen.
Setiausaha Agung TI-M, Josie M Fernandez berkata, pihaknya terkejut dengan kenyataan yang menyebut "elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan" dalam kes itu.
"Nazri berkata dana itu merupakan sumbangan kepada badan perhubungan Umno Sabah.
"Beliau kemudian berkata SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) memutuskan elemen rasuah tidak dapat dibuktikan dalam kes ini.
"Bagaimanapun SPRM harus menyiasat sekiranya rasuah menjadi faktor dalam sumbangan politik RM40 juta itu," katanya dalam kenyataan.

Pemberian dana RM40 juta bertujuan untuk derma politik, kata PM

October 13, 2012  





KUALA LUMPUR 12 Okt — Pemberian dana RM40 juta kepada Umno Sabah adalah bertujuan derma politik dan selagi ia disalurkan dengan cara yang betul ia bukan satu kesalahan kata perdana menteri PM Datuk Seri Najib Razak “Ia satu derma politik Semua parti mempunyai hak untuk menerima derma politik. 
“Selagi ia melalui saluran yang betul ia tidak menjadi kesalahan ” kata Najib Apabila ditanya sumber daripada mana dana tersebut diperoleh Najib enggan mendedahkan butiran perkara tersebut dan mendakwa pembangkang juga menerima derma politik bagi menjalankan operasi parti mereka 
“Saya tidak akan mendedahkannya kerana pembangkang juga menerima derma politik “Cuba tanya pembangkang berapa banyak yang sudah mereka kutip daripada derma politik ” tambah Najib 
Semalam media melaporkan Nazri Aziz dalam jawapan balas kepada ahli parlimen PKR Chua Tian Chang berkata tiada elemen perbuatan rasuah dapat dibuktikan terhadap dakwaan pengubahan wang haram dan rasuah ke atas Datuk Musa Aman gambar serta berkata wang berjumlah jutaan ringgit yang disalurkan adalah bertujuan untuk kegunaan Umno Sabah Menteri di Jabatan Perdana Menteri tersebut juga berkata pihak Peguam Negara AG telah meneliti perkara tersebut dan menutup kes itu selepas mendapati tiada unsur rasuah dibuktikan oleh laman pemberi maklumat Sarawak Report awal tahun ini 
“Dana tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada badan perhubungan Umno Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian Ketua menteri ” jawab Nazri Nazri juga berkata Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong ICAC turut menyiasat kes tersebut tetapi tidak mengambil sebarang tindakan lanjut 
“Mengenai kes yang turut difailkan di Mahkamah Switzerland ia merupakan permohonan Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah MACMA oleh ICAC bagi tujuan menyiasat perkara yang sama 
“Permohonan MACMA ini juga telah ditarik balik atas alasan yang sama dinyatakan di atas ” kata Nazri lagi 
Pada April lalu Sarawak Report telah mendedahkan dokumen daripada ICAC yang didakwa menunjukkan seorang peguam di Sabah mempunyai sejumlah USD 30 juta RM92 juta dalam akaun di bank Switzerland yang dimiliki oleh Musa Michael Chia yang dituduh sebagai mempunyai kaitan dengan kes Musa ini merupakan pelabur balak yang banyak menjalan menjalankan urusan dengan syarikat British Virgin Island yang secara langsung melibatkan peguam tersebut 
Musa menafikan tuduhan yang mengaitkan dirinya dengan Chia yang pernah ditahan pada 2008 kerana cuba menyeludup wang haram berjumlah S$16 juta RM40 juta 
Menurut laporan media Chia memberitahu kerajaan Hong Kong bahawa wang tersebut adalah milik Musa “Saya nafikan semua tuduhan ini ” kata Musa Musa sebaliknya mendakwa Sarawak Report cuba menjatuhkannya dan mengatakan ia sebahagian daripada konspirasi pembangkang untuk menawan negeri tersebut.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemberian-dana-rm40-juta-bertujuan-untuk-derma-politik-kata-pm/


Desak k’jaan jawab RM40 juta wang seludup untuk Umno Sabah
(Oleh Mohd Martin Kahar) - Keadilan Daily
KUALA LUMPUR 12 Oktober: Menteri Hal Ehwal Undang-undang, Datuk Seri Nazri Aziz mengakui RM40 juta wang seludup melalui Hong Kong yang dipercayai diberi seorang ahli perniagaan adalah untuk Umno Sabah tetapi menafikan ia milik Tan Sri Musa Aman.
“Dana tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada Badan Perhubungan Umno Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian ketua menteri,” kata Nazri dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.
Ekoran itu, Tian mendesak kerajaan menjelaskan tujuan ahli perniagaan, Michael Chia memberikan RM40 juta tersebut kepada Umno Sabah.
Ia ekoran tidak berpuas hati dengan jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mengenai pendirian Peguam Negara terhadap skandal itu selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai melakukan siasataan.
Katanya, penjelasan perlu kerana kemungkinan besar wujud penyelewengan dan aktiviti penggubahan wang haram oleh mereka yang terbabit.
“Kita ingin tahu adakah sumbangan ini tidak melanggar undang-undang dan tiada rasuah. Apa tujuan seorang ahli perniagaan beri sumbangan kepada Badan Perhubungan Umno Sabah?
“Mengapa wang ini dibawa ke Hong Kong?” soal Tian lagi pada sidang media di lobi Parlimen.
Chia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 14 Ogos 2008 dengan matawang Singapura berjumlah RM40 juta di dalam bagasinya sebelum menaiki pesawat menghala ke Kuala Lumpur.
Wang itu dikatakan mempunyai hubungkait dengan lesen pembalakan di Sabah yang membawa pulangan lumayan kepada ahli politik Barisan Nasional di negeri itu.
Nazri dalam jawapan bertulisnya semalam mengatakan Jabatan Peguam Negara telah meneliti dan mempertimbang keterangan yang dikemuka SPRM dan memutuskan tiada elemen rasuah.
Nazri mendakwa, Jabatan Peguam Negara mengesahkan dana tersebut adalah sumbangan yang dibuat kepada Badan Perhubungan Umno Sabah, dan bukan untuk kegunaan persendirian Ketua Menteri.
Mengulas lanjut, Tian membayangkan ada konspirasi antara Jabatan Peguam Negara, SPRM dan Umno BN untuk menutup skandal tersebut.
“Ini adalah kali pertama SPRM dan Jabatan Peguam Negara mengakui wang ini adalah wang Umno Sabah,” katanya.