Friday 12 October 2012

Kerajaan UMNO BN Telah Membenarkan Kapal USS George Washington Yang Membunuh 37,000 Rakyat Iraq Berada di Pelabuhan Klang



Fakta kezaliman kapal USS George Washington

Kehadiran kapal perang Amerika Syarikat, USS George Washington yang singgah di Pelabuhan Klang selama lima hari bermula Ahad lalu 

Pencerobohan Iraq dan Afghanistan telah melibatkan kapal ini dengan:

- Melepaskan jet operasi untuk memerhati perairan Arab pada November 1997 dalam Operation Southern Watch di Selatan Iraq.

- Melepaskan jet pejuang F/A-18 Hornet untuk menyerang Iraq pada 11 Ogos 2000 dalam Operation Southern Watch di Selatan Iraq.

- Melepaskan kapal terbang pengangkut yang mengandungi 9 skuad penggempur yang mengandungi jet pejuang dalam operasi pencerobohan Iraq pada September 2002.

- Tiba di Teluk Arab bersama jet pejuang dalam operasi pencerobohan Afghanistan dan pencerobohan Iraq.

- Pencerobohan Iraq menyebabkan 7,269 orang awam terkorban, 30,000 tentera Iraq terkorban, 11,000 tercedera.

- Serangan di Afghanistan mengakibatkan 10,000 orang awam terkorban.
(sumber di sini)

BERITA BERKAITAN TERKINI:
Memorandum bantah USS George Washington ditolak, apa helah k’jaan?

PELABUHAN KLANG 12 Oktober: Memorandum bagi membantah kehadiran kapal perang Amerika Syarikat, USS George Washington yang singgah di Pelabuhan Klang selama lima hari bermula Ahad lalu ditolak oleh pengurusan Port Klang Cruise Centre hari ini.

Memorandum tersebut diserahkan oleh Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan; Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Khalid Ismath dan Setiausaha Jingga 13, DK Vicky di sini kira-kira 3 petang tadi.

Bagaimanapun, wakil pengurusan Port Klang Cruise Centre yang hanya ingin dikenali sebagai Zam enggan menerima memorandum tersebut.

Turut serta Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Klang dan beberapa anggota kumpulan terbabit - KedahKini

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/10/kapal-uss-george-washington-yang.html

Buletin Pakatan Rakyat



Ingatkah Anda ? Kapal USS George Washington Yg membunuh 37,000 Rakyat Iraq Kini Berada di Pelabuhan Klang

Fakta kezaliman kapal USS George Washington

Kehadiran kapalperang Amerika Syarikat, USS
George Washington yg
singgah di Pelabuhan Klang selama lima hari
bermula Ahad lalu
Pencerobohan Iraq & Afghanistan telah
melibatkan kapal ini dgn:

- Melepaskan jet operasi utk memerhati perairan Arab pd November 1997 dlm Operation Southern Watch di Selatan Iraq.

- Melepaskan jet pejuang F/A-18 Hornet utk menyerang Iraq pd 11 Ogos 2000 dlm Operation Southern Watch di Selatan Iraq.

- Melepaskan kapalterbang pengangkut yg
mengandungi 9 skuad penggempur yg
mengandungi jet pejuang dlm operasi
pencerobohan Iraq pd
September 2002.

- Tiba di Teluk Arab bersama jet pejuang dlm operasi
pencerobohan Afghanistan &
pencerobohan Iraq.

- Pencerobohan Iraq mnyebabkn 7,269 orang awam terkorban,
30,000 tentera Iraq terkorban, 11,000 tercedera.

- Srangan di Afghanistan
mengakibatkan 10,000 orang awam terkorban.

(sumber di sini)

BERITA BKAITAN
TERKINI:

Memorandum bantah USS George Washington ditolak, apa helah k’jaan?

PELABUHAN KLANG 12 Oktober:Memorandum
bagi membantah
kehadiran kapal perang Amerika Syarikat, USS
George Washington yg
singgah di Pelabuhan
Klang selama lima hari brmula Ahad lalu ditolak olh pengurusan Port Klang Cruise Centre hari ini.

Memorandum tsebut diserahkn olh Setiausaha Agung Parti
Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan; Timbaln Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Khalid Ismath &
Setiausaha Jingga 13, DK Vicky di sini kira-kira 3 petang tadi.

Bagaimanapun, wakil pengurusan Port Klang Cruise Centre yg hanya
ingin dikenali sebagai Zam enggan menerima
memorandum trsebut.

Turut serta Angkatan Muda KEADILAN(AMK)
Klang & bberapa
anggota kumpulan
terbabit

Kedahkini 12.10.2012 

Apa ertinya ni....bukan Islam pun tau kapal perang penjajah datang....ni ke maksud Maqasid Syari'ah & Wasathiyah..... 
Sedangkan Allah telah berfirman "Wahai orang2 yg beriman, jangan kamu mengambil musuhku & musuhmu menjadi teman2 setia yg kamu sampaikan kpd mereka krn rasa sayang"....Al Mumtahanah Ayat 1.




Benar kapal perang US bertenaga nukelar berlabuh bukti sikap hipokrasi Regim Bn

Kenyataan Umum
12 Oktober 2012

Ketika regim Bn cuba mengalihkan isu polisi, kepayahan hidup rakyat, rasuah dan penyelewengan dengan isu tiduhan agen asing dan alat Amerika Syarikat secara senyap regim Bn telah membenarkan tiga Kapal Perang bertenaga nuklear milik Amerika Syarikat berlabuh di dua perlabuhan negara iaitu Perlabuhan Kelang, Selangor dan Perlabuhan Teluk Sepanggar, Sabah.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini menyatakan bantahan terhadap kebenaran kapal perang ini antaranya ialah Kapal induk utama armada perang US iaitu USS Goerge Washington. SAMM mengecam sikap hiprokrasi regim Bn dalam perkara ini. Kebenaran berlabuh secara sulit ini akhirnay terbongkar juga. Apabila terbongkar ahli parlimen PR iaitu Datuk Kamaruddin Jaafar- PAS Tumpat telah membawa usul tergempar dalam parlimen bagi membincangkan perkara ini. Namun sekali lagi Bn yang kononya bersikap anti US dan menuduh lawan politik agen US telah menolak usul tersebut melalui speaker yang jelas membuat keputusan berat sebelah. Mereka sudah tentu gusar jika dibenarkan usul tersebut dibahaskan sudah tentu bukan sahaja terbongkar perihal kapal US berlabuh tetapi banyak lagi data perselingkuhan negara ini bersama US akan terdedah. Jika dibenarkan berbahas usul tersebut juga maka akan terbongkar sikap hipokrasi regim Bn, sudah tentu tidak akan seorang pun yang akan berani mengutuk persinggahan kapal tersebut kerana US pasti akan menghentikan talian hayat kepada Bn lebih penting terbongkarlah sikap yang hanya berani berkokok di kampung sahaja mengenai anti Amerika sedangkan dipentas antarabangsa dan pentas rasmi regim ini kecut dengan Amerika Syarikat.

SAMM tidak menolak sebarang hubungan antara negara dengan Amerika Syarikat , namun membenarkan perlabuhan negara untuk aktiviti ketenteraan US adalah sesuatu yang melampau. Dengan membenarkan kapal berkuasa nuklear ini juga jelas regim telah melanggar dasar negara (rantau ini) zon bebas senjata nuklear.

Setelah diteliti maka disedari sememangnya Malaysia bukan sahaja membenarkan perlabuhan Malaysia untuk US mengadakan aktiviti ketenteraan malah sememang ada latihan ketenteraan dimana kumpulan tentera US dibenarkan menggunakan negara ini sebagai latihan termasuk latihan berskala besar.

Ketika pemerintahan Dr. Mahathir, Malaysia secara sulit telah menandatangani perjanjian yang membenarkan US untuk punya akses untuk menggunakan fasiliti pertahanan negara. Sememangnya negara ini berada dibawah telunjuk US kerana kelemahan Bn. Maka tidak hairan kerana hingga kini Malaysia tidak mengiktiraf kemenangan HAMAS di Palestin, Malaysia berdagang membantu ekonomi Israel (klik sini untuk baca lanjut isu kaitan ekonomi Malaysia - Israel)

SAMM sekali lagi meminta rakyat membuka mata sikap hipokrasi regim Bn, yang berkokok menuduh orang itu dan ini rakan US sedangkan mereka lupa ekor bergelumang tahi kerana merekalah sebenarnya lemah sehingga membenarkan US menjalankan aktiviti ketenteraan dalam negara.

Sekian


Mohd Faizal Abd Rahman
Penyelaras Hubungan Antarabangsa
SAMM Kebangsaan