Tuesday 9 October 2012

Sekolah Seri Puteri (SSP), Cyberjaya Juara Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri Ke-39

September 9, 2012
Sekolah Seri Puteri (SSP), Cyberjaya diumumkan sebagai juara Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri Ke-39 Sekolah Berasrama Penuh selepas menewaskan Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR), Seremban dalam kategori bahasa Melayu di sini semalam.


Bagaimanapun, SDAR dipilih sebagai juara bahas bagi kategori bahasa Inggeris selepas mengalahkan Kolej Tunku Kurshiah, Seremban.

Selaku juara, masing-masing membawa pulang wang tunai RM4,000, piala iringan dan sijil penyertaan. Sementara itu, Pembahas Terbaik kategori bahasa Melayu dimenangi pelajar Sekolah Abdul Razak, Muhammad Luqman Sufyan Junaidi manakala kategori bahasa Inggeris diraih Abdulrazaq Hazrin Fazail. Mereka membawa pulang wang tunai RM1,000 dan piala iringan.


Hadiah-hadiah disampaikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd. Ghafar Mahmud.

Turut hadir, Pemangku Pengurus Besar Kanan Operasi Perbankan Bank Rakyat, Mustafha Abd. Razak dan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Sufaat Tumin