Mahfuz dakwa kenduri mega 'ditaja' agensi k'jaan Melaka
Dokumen yang bocor dari Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) menunjukkan bahawa agensi kerajaan negeri itu menaja majlis perkahwinan anak sulung Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam Ahad lalu, dakwa Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) ketika membahaskan bajet di Parlimen hari ini.
Mahfuz mendakwa, dokumen tersebut menunjukkan bahawa mesyuarat
PKNM diadakan khas untuk membincangkan tentang "logistik majlis tersebut" pada 30 September.
Menurutnya, pegawai khas ketua menteri mengaku hari ini bahawa majlis tersebut ditaja sebanyak RM10 bagi setiap tetamu dan menurut Mahfuz lagi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasatnya kerana ia majlis peribadi.
Minit mesyuarat tersebut, dakwa Mahfuz lagi, menyebut jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat dan ia juga menyatakan tiada bil perlu dituntut daripada ketua menteri dan semuanya percuma.
Menurut salinan minit mesyuarat tersebut yang diperolehi pihak media kemudiannya, Ketua Pegawai Eksekutif PKNM, Datuk Yusof Jantan memaklumkan satu mesyuarat akan diadakan mengenai majlis persiapan hiasan luaran, kebersihan dan logistik sempena majlis perkahwinan anak ketua menteri pada 30 September 2012.
Beliau seterusnya menekankan bahawa semua persiapan yang dikendalikan atas budi bicara jabatan tersebut serta tiada sebarang bil tuntutan kepada ketua menteri atau kerajaan negeri.
- http://www.malaysiakini.com
Tahniah KM Melaka, DS Mohd Ali kerana dapat menantu. Apa-apa pun rakyat Melaka khasnya dan seluruh rakyat Malaysia tertanya-tanya atas dasar apa yang membolehkan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka menaja majlis perkahwinan anak lelaki KM Melaka iaitu Mohd Ridhwan dan Nor Azieha yang dianggarkan berjumlah antara RM10 juta - RM13 juta?
Cenderahati kepada tetamu dibekalkan oleh Mamee Sdn. Bhd manakala Syarikat Orang Kampung Sdn. Bhd pula membekalkan air kacip Fatimah sebanyak 50,000 tin.
Semuanya ini menjadi persoalan dikalangan rakyat kemungkinan berlakunya penyalahgunaan kuasa, mungkin juga rasuah, semuanya berkemungkinan. - Apek
- Kami Benci Saiful Bukhari!

SEBARKAN ! KHAMIS 4 OKT 11 pagi - Pimpinan PAKATAN RAKYAT Melaka diketuai Pengerusi KEADILAN Melaka SHAMSUL ISKANDAR MD AKIN akan kemuka laporan rasmi ke SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH Melaka berkenaan 'majlis' kahwin anak-menantu Ali Rustam Ketua Menteri Melaka.
Ini terutamanya setelah ditemui beberapa bukti petunjuk berkenaan sumber kewangan tajaan (dewan rakyat rabu 3 okt bahas bajet 2013) dan beberapa aspek yg dicurigai utk disiasat.
- Rozan Azen Mat Rasip
Bukti Ali Rustam Salahguna Kuasa Untuk Majlis Kahwin Anaknya!
Daripada gembira menyambut menantu, kini Ali Rustam bagai dikejar hantu!
Semuanya gara-gara satu mesej di Twitter oleh Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mendedahkan sehelai surat dari muka surat dua oleh Pejabat Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) yang membuktikan bahawa Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam menyalahgunakan kedudukannya untuk tujuan peribadi dan bukannya majlis rasmi kerajaan.
Perkahwinan anak lelakinya yang mencetuskan kontroversi kerana memecah rekod The Malaysia Book of Records (MBR) sebagai majlis perkahwinan teramai di negara ini ekoran perbelanjaan melampau dan menggunakan kemudahan kerajaan mula terbongkar satu persatu.
Shamsul dalam satu mesej bergambar di Twitter sebentar tadi menulis:
@shamsuliskandar Ali Rustam fikir dia Raja M'ka ? Majlis perkahwinan anak hinggakn Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka perlu bermesyuarat?
[ @shamsuliskandar Ali Rustam fikir dia Raja Melaka? Majlis perkahwinan anak hinggakan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka perlu bermesyuarat? ]
Surat tersebut dipercayai bertarikh minggu lalu ditujukan kepada Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Kamaruddin Mat Shah, Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Murad Husin, Setiausaha MPAG, Shahdan Othman, Setiausaha MPJ, Ainu Nizla Kasman dan Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal, Zainuddin Samad mengarahkan mereka semua menghadiri mesyuarat tersebut.
Surat tersebut bertajuk "Mesyuarat Majlis Persiapan Hiasan Luaran, Kebersihan Dan Logistik Sempena Majlis Perkahwinan Anak YAB Ketua Menteri Melaka" dipercayai dibocorkan sesetengah pihak yang tidak mahu penyelewengan Ali Rustam berterusan.
Lihat surat disini - [http://networkedblogs.com/
- Era Pasca