Wednesday, 12 September 2012

Kalau PR yang kena.. polis ambil masa untuk siasat sbb nak siasat apa yang nak siasat.. kah kah kah..



“Pada 9 September saya membuat empat laporan polis dan dalam laporan-laporan itu saya
menyebut dua penjawat awam turut terlibat di dalam serangan itu.
“Mereka ialah Jezlee Pit, seorang penghulu mukim dan Ahmad Baharuddin yang merupakan seorang Pengerusi JKKK dan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Jasin.
“Pada 8 September saya juga ada membuat satu laporan polis dengan memberikan foto, alamat dan nombor telefon salah seorang individu yang membaling objek ke arah bas.
“Tetapi sehingga hari ini polis masih belum menangkap sesiapa pun yang terlibat di dalam serangan itu. Saya difahamkan esok (11 September) polis akan melakukan proses kawad cam dan pemandu bas serta dua kakitangan PKR Pusat iaitu Maisuri dan Hadi yang turut berada di dalam bas dan melihat insiden itu akan hadir untuk mengecam individu-individu tersebut. ..

“Saya nak tanya katalah Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak atau pemimpin Umno lain membuat lawatan ke Melaka dan cukuplah saya cuma baling botol atau telur busuk pada kenderaan mereka, saya rasa masa itu juga saya ditangkap."   kata Shamsul Iskandar.|