Sunday 23 September 2012

Demontrasi Besar-besaran Di Pekan Baling 1 Disember 1974

sejarah yng ramai x tahu...>_<

Ekoran kejatuhan harga getah pada tahun 1974, rakyat tani miskin di Baling, Kedah telah bangkit untuk menuntut hak mereka. Bermula pada 19 November 1974 dengan seribu rakyat tani dari kampung sekitar Baling turun ke jalan, angka itu meningkat menjadi 13,000 dua hari berikutnya. Mereka telah berarak ke pekan Baling menuntut agar kerajaan menaikkan harga getah dan menurunkan harga makanan. Selepas tuntutan mereka tidak dipedulikan oleh kerajaan, lebih 30,000 rakyat tani miskin telah mengadakan demonstrasi besar-besaran di pekan Baling pada 1 Disember 1974.
Pusat Sejarah Rakyat

Serambi Politik