Showing posts with label Pekan. Show all posts
Showing posts with label Pekan. Show all posts

Friday, 12 October 2012

Rintihan Pekan (Part 4 - Kemiskinan di Kuala Pahang)

Published on Oct 10, 2012 by 

Janji tidak ditepati di Parlimen Pekan yang diwakili Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Siri video ini akan memaparkan 4 isu utama yang dibangkitkan oleh pengundi Parlimen Pekan kepada pihak media.

Daripada terus menabur janji merata-rata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diingatkan agar tidak lupa menangani kemiskinan melampau di kawasan parlimennya sendiri.

Yang Dipertua PAS Kawasan Pekan, Ustaz Abu Kassim Manaf berkata, antara kawasan yang paling daif keadaan ekonomi dan sosialnya di sini ialah di Kuala Pahang.

Tambah Abu Kassim, meskipun penduduknya merupakan warga tempatan namun keadaan hidup, ekonomi dan sosial mereka tidak sebaik nasib 'penduduk import' orang Kemboja di kampung Tanjong Agas dan orang Myanmar di Sungai Miang. 

"Kebanyakan mereka nelayan dengan pendapatan tak tetap dan rezeki menyara keluarga bergantung kepada hasil laut yang tidak menentu, ditambah pula musim tengkujuh selama tiga bulan. 

"Sekarang ini tiap-tiap hari orang Kuala Pahang datang minta bantuan di Pusat Khidmat PAS Pekan, ini mumbuktikan kerajaan dan ahli parlimennya sendiri gagal membela nasib mereka.

"Nasib mereka tak terbela sejak berpuluh tahun sedangkan kelompok inilah yang memenangkan Umno dan BN selama ini," katanya.

Difahamkan, pernah Umno menjalankan program 'Gempur Kemiskinan' dengan inisiatif mewujudkan pusat jahitan semasa Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri. Namun tiada perubahan yang dicapai dan penduduk terus dibelenggu kemiskinan jauh sekali daripada hidup selesa. 

Tinjauan Harakahdaily ke lokasi baru-baru ini mendapati keadaan penempatan penduduk tidak menggambarkan berada di kawasan Perdana Menteri kerana rumah yang buruk dan berhimpit-himpit sehingga menyakitkan mata. (Gambar kiri)

Menurut penduduk, kerajaan telah beberapa kali berjanji terutama menjelang pilihan raya untuk membina kediaman tersusun yang tidak jauh dari sini. Malangnya sehingga hari ini, di lokasi tersebut hanya tapak sahaja yang ada.

Tambah mereka lagi, ketika Tun Razak menjadi Ahli Parlimen Pekan atas usaha beliau telah membina perumahan kos rendah rakyat di Kuala Pahang pada tahun 1969 dengan bayaran sebanyak RM10 sebulan. Manakala rumah pemindahan banjir pula penduduk membayar RM15 sebulan pada tahun 1971.

Apa yang mengecewakan mereka, pada zaman Najib menjadi ahli parlimen dan Perdana Menteri ini tiada usaha serius untuk mengubah nasib mereka.

Bagi menambah pendapatan penduduk, kerajaan juga telah membina kolam simen yang besar untuk mereka memelihara ikan terutama pada musim tengkujuh. Namun setakat ini tiada ikan yang diisi.

Abu Kassim berkata, di Kuala Pahang masyarakatnya tidak tersusun sebab itu selain daripada masalah ekonomi, keadaan sosial di sini juga teruk dengan penagihan dadah dan gejala anak luar nikah.

"Itu yang kami kesal sedangkan Parlimen Pekan sudah melahirkan dua Perdana Menteri, tiga Menteri Besar dan dua Timbalan Menteri Besar. Tetapi nasib penduduk Kuala Pahang tidak berubah," katanya.

http://paspahang.net/index.php?option=com_content&view=article&id=121:najib-diminta-selesai-kemiskinan-di-pekan&catid=35:negeri&Itemid=64

Rintihan Pekan (Part 3 - Kampung Pengundi Import)

Published on Oct 11, 2012 by 

Janji tidak ditepati di Parlimen Pekan yang diwakili Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Siri video ini akan memaparkan 4 isu utama yang dibangkitkan oleh pengundi Parlimen Pekan kepada pihak media.

Kami dibawa melawat ke rumah panjang tidak jauh dari Kampung Sungai Miang, iaitu dikatakan penempatan 'pengundi import' untuk Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak, iaitu mereka yang dibawa dari Langkawi, Kedah 7 tahun lalu.

Ketika itu Najib memenangi kerusi Parlimen Pekan hanya dengan kelebihan 241 undi.

Rombongan kami disambut dengan baik, namun ada yg masih takut-takut, tak kurang juga yang melahirkan rasa tak senang. Rata-rata mereka adalah orang Kedah. Dibawa masuk ke Pekan secara berperingkat.

Setiap seorang mendapat tapak rumah suku ekar dan tanah untuk bercucuk tanah sebanyak 1 ekar Pada peringkat awal mereka mengusahakan padi, namun keadaan tanah yang tak sesuai menyebabkan sekarang ini nenas menjadi tanaman utama. Kami melihat ladang nenas seluas saujana mata memandang.

Selepas melawat rumah panjang, kami dibawa melalui jalan tanah merah sejauh 3 kilometer. jalannya berlubang lubang, kereta yang rendah pasti sangkut. Mujurlah bukan musim hujan. Bukan main terkejut kami, 'pengundi import' itu kini sudah memiliki banglo.

Apa yang kami dapat katakan sambil menggeleng kepala, ruginya jadi warga Pekan. Orang Pekan hanya sekadar dapat RM200 ke RM300, orang luar dapat tanah dan dapat banglo!

http://muslimeen-united.blogspot.com/2010/02/lawatan-bppnp-ke-penempatan-pengundi.html

1st siri edisi bongkar,penempatan kembodja dan myamar di antara Rompin dan Pekan ,Pahang. mereka ni di ternak di Langkawi sebelum di bawa masuk ke Pekan bagi tujuan undi Najib dan memastikan Najib menang!

Fakta. pada pru ke 10 tahun 1999,
Najib selaku naib president umno dan menteri pendidikan.
hampir dikalahkan semasa pengiraan undi,namun dengan bantuan SPR,tiba2 berlaku pertambahan undi melalui undi POS!!
Pertambahan tiba2 ini menewaskan calon PAS iaitu Ustaz Ramli Muhammad dalam majoriti 241 undi sahaja!!

Selapas kejadian ini,Najib telah menTOPUP sebanyak mungkin pendatang asing ini bagi mengundi untuk tujuan memenangkan Najib!

Orang Pekan harus bangkit !!!

Apa yang rugi jika anda shared?

- King Jason

Rintihan Pekan (Part 2 - Nelayan jadi mangsa)

Published on Oct 10, 2012 by 

Janji tidak ditepati di Parlimen Pekan yang diwakili Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Siri video ini akan memaparkan 4 isu utama yang dibangkitkan oleh pengundi Parlimen Pekan kepada pihak media.

banyak hutan telah dimusnahkan, pasir sudah dikorek merata-rata dan binaan batu pemecah ombak pula menyusahkan nelayan kampung Tanjung Agas untuk keluar mencari rezeki kerana terpaksa mengikut Kuala Pahang.

Jalan masuk utama melalui lebuh raya bernilai RM340 juta ke projek berkenaan di Batu 5, dikawal syarikat keselamatan sementara jalan mengikut kampung Tanjung Agas ditutup dengan batu pemecah ombak yang dibina panjang.

Seorang penduduk Kapten (B) Ahiatuddin Daud berkata, projek Tanjung Agas dari awal lagi dianggap penduduk tidak munasabah boleh menjadi pengkalan (hub) minyak dan gas serta operasi perkapalan seperti yang dilaungkan kerajaan sebelum ini.

"Saya dengar projek ini sudah ditinggalkan atau pelabur tak sanggup berikutan lokasi tidak sesuai kerana airnya cetek, ombak kuat tanpa pelindung dan hakisan. Bayangkan sebuah padang golf di Batu 16 sudah ditelan laut, begitulah kuatnya hakisan," katanya.

Projek yang sepatutnya beroperasi sepenuhnya tahun ini sebagaimana diumumkan perdana menteri itu akan menjalin usaha sama dengan sebuah syarikat dari Dubai Oilfields Supply Center Ltd (OSC) dengan pelaburan RM620 juta sementara Kerajaan Negeri Pahang akan memiliki ekuiti 30% melalui anak syarikatnya Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP).

Menurut kenyataan syarikat berkenaan, kos untuk infrastruktur sahaja menelan belanja RM2 bilion sehingga bakal menjadi pusat sehenti moden pertama untuk industri maritim, minyak dan gas di Malaysia di samping projek-projek komersil dan perumahan.

Apabila siap ia akan menyediakan perkhidmatan dan kemudahan sokongan menyeluruh untuk syarikat tempatan dan antarabangsa yang terbabit dalam operasi penerokaan, eksploitasi dan pengeluaran minyak dan gas luar pesisir perairan Malaysia serta perairan di sekitar Laut China Selatan.

"Hutan kayu bakau serta Hutan Simpan Paya Laut Sungai Miang sudah ditebang sedangkan pokok bakau secara semula jadinya ialah untuk menahan ombak kuat seperti tsunami, tetapi kalau dah dimusnahkan apa-apa berlaku sekarang memang susah.

"Pasir juga sudah dikorek merata-rata. Tidakkah ini memberi kesan buruk kepada alam sekitar?," soalnya.

Sementara itu, seorang penduduk mendakwa kontraktor telah mengorek pasir dan membuat sekatan di tanahnya tanpa membayar sebarang sewaan.

Ketika projek gergasi itu diisytiharkan dulu, PAS Pahang pernah memberi amaran projek Tanjung Agas yang mengaut wang daripada khazanah negara akan menerima nasib seperti skandal Port Klang Free Zone dengan (PKFZ) yang belum selesai dibicarakan di mahkamah.

"Kita dengar Najib berkempen, pilih BN dan semua masalah akan selesai. Jadi sekarang kita minta beliau selesaikan dulu masalah projek terbengkalai di kawasan parlimennya," kata Kapten Ahiatuddin.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7770-najib-didesak-selesaikan-projek-terbengkalai-di-tanjung-agas

Rintihan Pekan (Part 1 - Gajah putih Tanjung Agas)

Published on Oct 10, 2012 by 

Siri video ini akan memaparkan 4 isu utama yang dibangkitkan oleh pengundi Parlimen Pekan kepada pihak media.

Najib didesak selesaikan projek terbengkalai di Tanjung Agas

Khairil Abdul Rahim, 
26 Jan 2012

PEKAN, 26 Jan: Kegagalan projek mega Taman Industri Minyak, Gas dan Logistik Tanjung Agas (TAOGLIP) yang dianggarkan bernilai RM8 bilion di sini, terus dipersoalkan penduduk.

Pada asalnya projek gah yang pernah menarik perhatian negara di parlimen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ini diuar-uarkan bakal memberi nikmat besar kepada penduduk termasuk 3,000 peluang pekerjaan baru di samping menyediakan peluang perniagaan.

Harapan penduduk juga turut berbunga kerana daerah mereka bakal setanding dengan bandar besar seperti Kelang apabila siapnya projek raksasa di Zon Ekonomi Khas Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Ecer) itu.

Namun setelah dua tahun diumumkan oleh Perdana Menteri, projek di atas tanah seluas 4,700 ekar itu yang siap hanyalah lebuh raya sepanjang 15 kilometer menghubungkan Jalan Pekan-Rompin ke tapak projek. Itupun telah rosak teruk akibat hakisan.

Tinjauan Harakahdaily mendapati banyak hutan telah dimusnahkan, pasir sudah dikorek merata-rata dan binaan batu pemecah ombak pula menyusahkan nelayan kampung Tanjung Agas untuk keluar mencari rezeki kerana terpaksa mengikut Kuala Pahang.