Showing posts with label Musa Aman. Show all posts
Showing posts with label Musa Aman. Show all posts

Sunday, 14 October 2012

Kami Dedahkan Para Dermawan Rahsia RM40 Juta Untuk UMNO Sabah - sarawakreport.org

Nah, jika Najib Razak terlalu takut untuk mendedahkan identiti "Penderma Yang Pemurah" yang telah menderma sebanyak RM40 juta kepada UMNO Sabah, pemberi maklumat kita sendiri, Sarawak Report telah mengambil kesempatan, dengan penghormatan yang besar untuk mendedahkan identiti Penderma2 tersebut :-)


Pada hujung minggu ini Perdana Menteri Malaysia Najib Razak mengatakan adalah “betul” bagi parti politiknya untuk menerima derma berjuta-juta dollar dari penderma yang tidak perlu didedahkan.

Empat tahun yang lalu Ketua Menteri Sabah, Musa Aman telah berusaha menafikan bahawa wang ini ada kaitan dengannya atau mempunyai sebarang kaitan dengan seorang yang benama Michael Chia.

Namun kini, Perdana Menteri telah terpaksa berhadapan dengan bukti-bukti yang menunjukkan bahawa wang itu dikaitkan dengan Musa. Musa seharusnya memohon maaf kerana telah menafikan adanya kaitnya dengan Michael Chia, dan dia juga harus memohon maaf pada Sarawak Report yang telah dituduhnya menerbitkan dokumen-dokumen palsu dan menyebarkan fitnah terhadapnya.

Beralasankan bahawa semua bayaran itu dibuat kepada UMNO telah termusnah kerana bukti-bukti bahawa Michael Chia telah juga membuat pembayaran menggunakan akaun-akaunnya kepada anak-anak Musa selama beberapa tahun mereka menuntut di luar negara.

Adakah pengajian anak-anak Musa di Australia itu ada kepentingan dan kaitan dengan wang UMNO?

Nampaknya Pengerusi UMNO Sabah itu bukan sahaja menggunakan wang itu untuk kepentingan politiknya (sebagaimana dia berikan sebagai alasan) lebih dari kegunaan peribadinya. Wang itu juga turut digunakannya untuk membiayai perbelanjaan ahli-ahli keluarganya.

Nampaknya BN cuba mengatakan bahawa kaedah yang digunakan oleh negara-negara bertamadun yang lain untuk mempastikan keboleh-percayaan tidak dipedulikan oleh BN, kerana kita boleh percaya pada mereka bahawa mereka tidak menerima sebarang wang rasuah!

Lim bersaudara mempunyai banyak lesen dan konsesi yang diterima mereka dari Yayasan Sabah yang dipengerusikan oleh Musa Aman (yang juga Ketua Menteri Sabah dan juga Pengerusi UMNO Sabah). 

Hasil-hasil kajian kami mendapati bahawa syarikat-syarikat Maxland Sdn. Bhd., Cergas Kenari Sdn. Bhd dikendalikan oleh Priceworth Industries Sdn. Bhd. dimana Andrew Lim merupakan ketua mereka. Lim juga merupakan pengawal dan pengendali bagi banyak syarikat pembalakan di Sabah.

Andrew Lim dan saudaranya Freddy Lim juga berada di sebalik agen-agen pembalakan Wayco Enterprise Ltd, yang berpangkalan di Hong Kong dan syarikat Hillywell Inc adalah pembayar berjuta-juta dollar ke dalam akaun-akaun UBS Michael Chia. Pembayaran-pembayaran ini telah ditimbulkan oleh pihak ICAC Hong Kong dalam siasatan-siasatan mereka.

Jika ianya bukan suatu kesalahan dengan berjuta-juta dollar yang didermakan kepada UMNO Sabah (yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Musa Aman) diterima daripada kroni-kroni pembalakan yang telah dianugerahkan lesen-lesen pembalakan dari Lembaga Pengarah yayasan Sabah (yang juga dipengerusikan oleh Ketua Menteri Musa Aman), kenapa pula Perdana Menteri membiarkan Sarawak Report menerbitkan semua ini?

Musa seharusnya mengumumkan mengenai para penyumbang dananya dan dia seharusnya merasa bangga bahawa UMNO Sabah mendapat faedah dari berjuta-juta wang sogokan untuk mendapatkan lesen-lesen pembalakan memusnahkan saki-baki hutan dara dan bahawa mereka gembira mengharapkan ketibaan wang yang cuba diseludup masuk ke Sabah oleh Michael Chia (yang mendapat banyak lesen pembalakan dan mempunyai banyak kereta mewah, telah banyak kali mengakui bahawa dirinya adalah seorang yang buta huruf dalam mahkamah).

Syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan kroni pembalakan dari Sarawak, Ting Pek Kiing juga pernah menerima banyak lesen pembalakan dari Yayasan Sabah. Dalam pada itu, syarikat-syarikat lain yang dikaitkan dengan kroni ini juga turut bermurah hati menyumbangkan dana ke dalam akaun-akaun Michael Chia yang menjadi punca kewangan RM40 juta untuk dibawanya kepada Musa dalam tahun 2008.
Simon Ling Ding Dieng adalah sepupu Ting Pek Kiing yang juga rakan niaganya yang turut menerima lesen-lesen pembalakan, dan begitu juga seorang lagi kroni pembalakan yang bernama Ngui Ing Chuan.

Maka, tidak hairanlah bagi Ngui Ing Chuan dan anak Ting Pek Kiing, Peter Ting Sie Huong merupakan pemegang utama saham-saham dalam syarikat Borion yang telah menyumbang dana yang besar ke dalam akaun-akaun Michael Chia, yang kemudiannya dikeluarkan untuk dijadikan dana kepada Pengerusi UMNO Sabah, Musa Aman!

Edmond atau Admond Looh Boon Chai adalah Ketua pengarah Eksekutif dalam Java Industries sehingga 2010 dan merupakan penerima banyak lesen dari Yayasan Sabah menerusi banyak syarikatnya.

Looh juga merupakan pengawal atau pengendali banyak syarikat yang telah menyumbangkan banyak dana ke dalam jaringan syarikat-syarikat yang dikendalikan oleh Michael Chia bagi pihak Musa Aman (sebagaimana yang telah diakui). 

Pihak SPRM kini mempunyai bukti-bukti banyak pembayaran yang dibuat oleh syarikat-syarikat kendalian Looh, lagi pun Looh juga merupakan penerima banyak lesen pembalakan dari Musa Aman dalam kapasitinya sebagai Pengerusi Yayasan Sabah.

Sebenarnya banyak wang telah dialirkan dari syarikat-syarikat milik Looh ke dalam akaun-akaun Micahel Chia selama beberapa tahun dan semua mahlumat ini ada pada pihak SPRM!

Ini merupakan jawapan pelik Perdana Menteri pada hujung minggu ini:
“Setiap parti politik berhak menerima sumbangan politik,” katanya, katanya, sebagai menambah bahawa sumbangan politik dilakukan dengan cara yang betul.

Perdana Menteri Najib enggan mengulas lebih lanjut punca kewangan itu dan turut menambah bahawa parti pembangkang juga menerima sumbangan dana politik. “Pembangkang juga menerima sumbangan dan mereka tidak mengisytiharkannya,” [New Straits Times]

Pengakuan-pengakuan sedemikian seharusnya diuji di mahkamah.


http://www.sarawakreport.org/ms/2012/10/para-dermawan-rahsia-untuk-musa-kami-dedahkan-wang-sogokan-umno-sabah/

~Anak Sarawak~


Looh tahu apa yang dia telah membayar Chia untuk transaksi telah dilabelkan "bayaran untuk konsesi"! Adakah pendapatan ini diterima untuk UMNO Sabah?
- 
Kami Benci Saiful Bukhari!


Banyak pembayaran dari Wayco dan Hillywell telah dibuat ke dalam akaun Chia. Sekiranya derma rahsia dari baron kayu menerima konsesi balak pergi direkodkan oleh UMNO?
- 
Kami Benci Saiful Bukhari!

Konsesi yang diberikan kepada Andrew Lim, menurut dokumen dalam milikan siasatan SPRM.

Chia Tien Foh adalah Michael Chia yang telah ditangkap RM40million dibawa dalam beg dari Hong Kong. UMNO kini telah mengakui bahawa wang itu telah ditakdirkan untuk CM Musa Aman untuk berbelanja pada kos pilihan raya parti itu pada tahun 2008. Butiran lebih lanjut diperlukan!
- Kami Benci Saiful Bukhari!

Beberapa syarikat yang diberikan konsesi yang dimiliki oleh ahli perniagaan
- Kami Benci Saiful Bukhari!


Chia telah menerima bayaran daripada Borion ke dalam akaun banyak berbeza, termasuk satu dia telah menarik balik wang dari Pengerusi untuk Sabah UMNO, Musa Aman
- Kami Benci Saiful Bukhari!

Java Industries’ Admond Looh Boon Chai (sometimes called Edmond) also received a great number of timber concessions through a large number of companies, listed by the MACC in one of the documents we have received.

Edmond / Admond Looh (Looh Boon Chai) adalah Pengarah Eksekutif Jawa Industries sehingga 2010 dan penganjur banyak konsesi daripada Yayasan Sabah melalui banyak syarikat

“Deposit for logging concession”! Mr Looh’s helpful reminder in this payment from Multilink Star



Zenique adalah hanya salah satu syarikat BVI bahawa Chia dikawal untuk menerima bayaran ini
- Kami Benci Saiful Bukhari!




Friday, 12 October 2012

Najib Enggan Dedah Penyumbang RM40j Pada Umno Sabah Dan Berkata Ianya Derma Politik




  • Najib enggan dedah penyumbang RM40j pada Umno Sabah

  • Abdul Rahim Sabri - Malaysiakini
  • 11:36PM Okt 12 2012

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata wang RM40juta yang cuba diseludup ke Malaysia untuk Umno Sabah adalah "sumbangan politik" (political donation) untuk Umno.

Bagaimanapun, presiden Umno itu enggan mendedahkan pihak yang menyumbang wang tersebut kepada Umno apabila ditanya pemberita.

"Ia adalah untuk sumbangan politik. Setiap parti politik mempunyai hak untuk menerima sumbangan politik selagi ia dibuat dengan mengikut saluran yang betul.

"Kami tidak boleh mendedahkannya kerana pembangkang juga menerima sumbangan. Mereka (juga) tidak mendedahkannya," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi BN.

Diminta oleh wartawan untuk mengesahkan adakah ia dibuat dengan cara yang betul, Najib berkata:

"Ya... Apa sahaja selagi ia dilakukan mengikut saluran atas nama parti."

Ditanya wartawan bahawa jumlah wang tersebut itu boleh menimbulkan keraguan di kalangan umum, Najib hanya membalas:

"Tanya pembangkang berapa banyak mereka menerima (sumbangan politik)."

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz sebelum ini dilaporkan berkata, kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan wang berjumlah RM40 juta yang diseludup ke Malaysia melalui Hong Kong merupakan sumbangan kepada Umno Sabah dan bukannya kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Dalam jawapan bertulisnya di Parlimen, Nazri berkata elemen rasuah tidak dibuktikan dalam kes tersebut.

Transperancy International Malaysia turut mendesak Umno mendedahkan sumber wang tersebut.

http://www.malaysiakini.com/news/211554


PM: RM40 juta diterima Umno Sabah 'sumbangan politik'

WARTAWAN SINAR HARIAN
13 Oktober 2012

SHAH ALAM - Langkah Umno Sabah menerima RM40 juta daripada seorang ahli perniagaan, yang didakwa menyeludup masuk ke negara ini dari Hong Kong, adalah amalan biasa sesebuah parti politik kerana diterima mengikut prosedur betul, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Ia adalah sumbangan politik. Setiap parti politik mempunyai hak untuk menerima sumbangan politik selagi ia datang mengikut saluran yang betul," kata Perdana Menteri.

Sehubungan itu, beliau yang juga Presiden Umno berkata, "pembangkang juga menerima sumbangan."
"You (anda) boleh tanya soalan yang sama kepada pembangkang," katanya dipetik Bernamaselepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Menara Dato' Onn, malam tadi.
Najib ditanya mengenai siapa dan kenapa Umno Sabah diberikan wang sebanyak RM40 juta.
Baru-baru ini, Jabatan Peguam Negara memutuskan bahawa elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan dalam sumbangan yang diterima oleh Umno Sabah.
Dana tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada Badan Umno Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.
Transparency International Malaysia (TI-M) menuntut pihak berkuasa mendedahkan sumber "sumbangan politik" RM40 juga kepada Umno Sabah, yang menyaksikan seorang ahli perniagaan ditangkap ketika cuma menyeludup masuk ke negara ini dari Hong Kong.
Merujuk kepada jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri  Aziz kepada Tian Chua dari PKR di Parlimen.
Setiausaha Agung TI-M, Josie M Fernandez berkata, pihaknya terkejut dengan kenyataan yang menyebut "elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan" dalam kes itu.
"Nazri berkata dana itu merupakan sumbangan kepada badan perhubungan Umno Sabah.
"Beliau kemudian berkata SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) memutuskan elemen rasuah tidak dapat dibuktikan dalam kes ini.
"Bagaimanapun SPRM harus menyiasat sekiranya rasuah menjadi faktor dalam sumbangan politik RM40 juta itu," katanya dalam kenyataan.

Pemberian dana RM40 juta bertujuan untuk derma politik, kata PM

October 13, 2012  





KUALA LUMPUR 12 Okt — Pemberian dana RM40 juta kepada Umno Sabah adalah bertujuan derma politik dan selagi ia disalurkan dengan cara yang betul ia bukan satu kesalahan kata perdana menteri PM Datuk Seri Najib Razak “Ia satu derma politik Semua parti mempunyai hak untuk menerima derma politik. 
“Selagi ia melalui saluran yang betul ia tidak menjadi kesalahan ” kata Najib Apabila ditanya sumber daripada mana dana tersebut diperoleh Najib enggan mendedahkan butiran perkara tersebut dan mendakwa pembangkang juga menerima derma politik bagi menjalankan operasi parti mereka 
“Saya tidak akan mendedahkannya kerana pembangkang juga menerima derma politik “Cuba tanya pembangkang berapa banyak yang sudah mereka kutip daripada derma politik ” tambah Najib 
Semalam media melaporkan Nazri Aziz dalam jawapan balas kepada ahli parlimen PKR Chua Tian Chang berkata tiada elemen perbuatan rasuah dapat dibuktikan terhadap dakwaan pengubahan wang haram dan rasuah ke atas Datuk Musa Aman gambar serta berkata wang berjumlah jutaan ringgit yang disalurkan adalah bertujuan untuk kegunaan Umno Sabah Menteri di Jabatan Perdana Menteri tersebut juga berkata pihak Peguam Negara AG telah meneliti perkara tersebut dan menutup kes itu selepas mendapati tiada unsur rasuah dibuktikan oleh laman pemberi maklumat Sarawak Report awal tahun ini 
“Dana tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada badan perhubungan Umno Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian Ketua menteri ” jawab Nazri Nazri juga berkata Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong ICAC turut menyiasat kes tersebut tetapi tidak mengambil sebarang tindakan lanjut 
“Mengenai kes yang turut difailkan di Mahkamah Switzerland ia merupakan permohonan Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah MACMA oleh ICAC bagi tujuan menyiasat perkara yang sama 
“Permohonan MACMA ini juga telah ditarik balik atas alasan yang sama dinyatakan di atas ” kata Nazri lagi 
Pada April lalu Sarawak Report telah mendedahkan dokumen daripada ICAC yang didakwa menunjukkan seorang peguam di Sabah mempunyai sejumlah USD 30 juta RM92 juta dalam akaun di bank Switzerland yang dimiliki oleh Musa Michael Chia yang dituduh sebagai mempunyai kaitan dengan kes Musa ini merupakan pelabur balak yang banyak menjalan menjalankan urusan dengan syarikat British Virgin Island yang secara langsung melibatkan peguam tersebut 
Musa menafikan tuduhan yang mengaitkan dirinya dengan Chia yang pernah ditahan pada 2008 kerana cuba menyeludup wang haram berjumlah S$16 juta RM40 juta 
Menurut laporan media Chia memberitahu kerajaan Hong Kong bahawa wang tersebut adalah milik Musa “Saya nafikan semua tuduhan ini ” kata Musa Musa sebaliknya mendakwa Sarawak Report cuba menjatuhkannya dan mengatakan ia sebahagian daripada konspirasi pembangkang untuk menawan negeri tersebut.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemberian-dana-rm40-juta-bertujuan-untuk-derma-politik-kata-pm/


Desak k’jaan jawab RM40 juta wang seludup untuk Umno Sabah
(Oleh Mohd Martin Kahar) - Keadilan Daily
KUALA LUMPUR 12 Oktober: Menteri Hal Ehwal Undang-undang, Datuk Seri Nazri Aziz mengakui RM40 juta wang seludup melalui Hong Kong yang dipercayai diberi seorang ahli perniagaan adalah untuk Umno Sabah tetapi menafikan ia milik Tan Sri Musa Aman.
“Dana tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada Badan Perhubungan Umno Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian ketua menteri,” kata Nazri dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.
Ekoran itu, Tian mendesak kerajaan menjelaskan tujuan ahli perniagaan, Michael Chia memberikan RM40 juta tersebut kepada Umno Sabah.
Ia ekoran tidak berpuas hati dengan jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mengenai pendirian Peguam Negara terhadap skandal itu selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai melakukan siasataan.
Katanya, penjelasan perlu kerana kemungkinan besar wujud penyelewengan dan aktiviti penggubahan wang haram oleh mereka yang terbabit.
“Kita ingin tahu adakah sumbangan ini tidak melanggar undang-undang dan tiada rasuah. Apa tujuan seorang ahli perniagaan beri sumbangan kepada Badan Perhubungan Umno Sabah?
“Mengapa wang ini dibawa ke Hong Kong?” soal Tian lagi pada sidang media di lobi Parlimen.
Chia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 14 Ogos 2008 dengan matawang Singapura berjumlah RM40 juta di dalam bagasinya sebelum menaiki pesawat menghala ke Kuala Lumpur.
Wang itu dikatakan mempunyai hubungkait dengan lesen pembalakan di Sabah yang membawa pulangan lumayan kepada ahli politik Barisan Nasional di negeri itu.
Nazri dalam jawapan bertulisnya semalam mengatakan Jabatan Peguam Negara telah meneliti dan mempertimbang keterangan yang dikemuka SPRM dan memutuskan tiada elemen rasuah.
Nazri mendakwa, Jabatan Peguam Negara mengesahkan dana tersebut adalah sumbangan yang dibuat kepada Badan Perhubungan Umno Sabah, dan bukan untuk kegunaan persendirian Ketua Menteri.
Mengulas lanjut, Tian membayangkan ada konspirasi antara Jabatan Peguam Negara, SPRM dan Umno BN untuk menutup skandal tersebut.
“Ini adalah kali pertama SPRM dan Jabatan Peguam Negara mengakui wang ini adalah wang Umno Sabah,” katanya.














SEBARKAN! Umno Terlibat Seludup Wang Ke Hong Kong


Semalam Menteri Hal Ehwal undang Undang Malaysia, Datuk Seri Nazri Aziz di Parlimen Malaysia memperakui kewujudan wang RM 40juta yang diseludup melalui Hong Kong milik seorang ahli perniagaan adalah untuk sumbangan kepada Umno Sabah.

Seorang ahli pernigaan bernama Micheal Chia telah ditahan Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 14 Ogos 2008 dengan matawang Singapura berjumlah RM40 juta di dalam bagasinya sebelum menaiki pesawat menghala ke Kuala Lumpur.

Namun berita ini diselindung sebaik mungkin dan tidak mendapat liputan dari media tempatan. Terbaru semalam apabila hal ini dibangkitkan semula oleh YB Tian Chua ekoran jawapan bertulis yang diperolehinya dari Menteri terbabit yang mengatakan ia bukan wang untuk Tan Sri Musa Aman tetapi untuk Umno Sabah.

Apa yang harus disedari ialah mungkin dalam keghairahan regim pertahan pemimpin mereka maka mereka tidak sedar secara tidak langsung diakui bahawa 
  • penyeludupan wang RM 40 juta itu memang wujud, maka apa tindakan undang - undang terhadap kejadian yang diakui wujud itu ?
  • untuk bela Musa, Nazri akui wang itu bukan untuk Musa secara peribadi tetapi untuk Musa selaku Umno Sabah maka sah Umno Sabah terlibat dalam penyeludupan wang
Menurut satu sumber wang tersebut ada kaitan dengan kawasan balak yang diluluskan di Sabah dan adalah amalan biasa sebahagian keuntungan harus dipulangkan sebagai dana politik untuk komponen Bn atau terus kepada pemimpin tertentu.

Bukan sedikit wang negara diseludup keluar berkaitan kepentingan pemimpin Bn. Contohnya sebelum ini terbongkar bagaimana Menteri Besar Negeri Sembilan terkait penyeludupan wang RM 10 juta ke London dan setelah didapati sahih berlaku cuma syarikat penghantaran yang ditarik lesen, begitu juga ada kes disebut diparlimen terkait isteri anggota kabinet Malaysia turut terlibat seludup wang negara. (klik untuk baca MB NS seludup RM10juta ? )

Inilah pengkianat sebenar menjejaskan ekonomi negara. Sudahlah terlibat merompak wang rakyat terlibat pula melarikan wang keluar negara. Yakinlah jika regim ini terus berkuasa pasti tidak akan ada antara mereka yang diambil tindakan, lebih penting kegiatan mereka ini akan pasti membankrupkan negara.

Sekian.

che'GuBard
Penyelaras SAMM Kebangsaan